Monday 4 February 2013

"Mencari Stranger New Years Eve"

Ianya Februari tahun lalu. Apabila aku berlari daripada rumah ke destinasi itu hanya untuk dapatkan kamu
Aku cuma mahu mencari. Mencari kamu sepertimana kita pernah berjanji tahun lalu. Kamu yang aku beri nama; Stranger
P'tama kali kita b'temu di pghujung Disember lalu.Kau tak b'suara pn. Kau cuma menari di sisi aku & sekali sekala smpt mgerling aku
Dan aku, dapat rasa helaan nafas kamu. Kerana kamu benar2 dkt dengan aku. Cuma beberapa inci, dan kamu boleh memeluk aku sebenarnya
Tapi ianya tidak terjadi. Kamu Stranger yang cuma menari di sisi. Hayunan kaki kita serupa, mengikut beat dan rima lagu juga yg sama
Dan aku masih ingat, kaki kamu aku pijak beberapa kali hanya kerana himpitan crowd manusia yang gilakan hiburan. "Maaf!"
Dan kau cuma pandang, kali ini tidak senyum. Terus, kau hayunkan lagi kepala kamu; secara keras dan lebih ganas
Aku diam & mendongak sebaik saja fireworks meletup sakan di atas kepala. 5 minit & kau hilang,di celahan crowd busuk yg hampir hamis.
Serta merta aku rasa kecewa. Hati aku seperti diangkat tinggi dan kemudiannya terhempas laju ke lantai. Tapi...
Tapi aku jumpa sesuatu di dalam saku aku. Sehelai kertas tertulis "Jumpa Februari nanti di sini". Terus aku tak jadi kecewa 
Aku harap, kaki bengkak kamu yang aku pijak itu dapat bawa kamu kembali kepada aku. Krn Februari kemudiannya, aku tak temui kamu pun
Kau tidak ada. Tak...ada. Dan baru aku sedar wujudnya kamu cuma di New Years Eve tahun lalu. Hey, Stranger. Where are you
TAMAT

No comments: