Wednesday 13 February 2013

Cinta Skype


"Jom webcam"
Hari pertama memanfaatkan bahan teknologi yang sedia ada. 
~Calling~


Kau tersenyum.
Apalagi aku.
Senyum malu.
Memang.
Lain dari lain.
Depan panggilan video pun boleh merasa kehadiran di sisi.
Puas berborak, puas menjeling, puas menyentuh hati, puas segala.
Kita diam.
Walaupun sepi, kita teruskan konversasi itu.
Walaupun tiada ayat, kita teruskan senyuman itu.
Jauh termenung kau,aku nampak.
Dekat pandanganku, kau jauh.
Segalanya mungkin.
Mungkin kau berimaginasi seketika, mungkin aku mengkhayalkan perasaan.
Tidur. Ya,sehingga tertidur. 
"Ala tomey tomey tomey"
Dua-dua tertidur.
Letih. Bukan letih berjalan.
Menatap mata ke mata itu letih.
Apalgi disimbah cahaya monitor LCD komputer.
Senyap.


~Calling~
Berbicara,seakan tiada apa lagi yang perlu difikirkan.
Hanya dunia kau dan aku.
Masalah dilupakan. 
Ketawa bersama, menangis bersama, makan bersama, tidur pun bersama.
Boleh boleh kan aja bagi kau dan aku.
Rindu pun boleh dari dunia kau dan aku.
Kita bukan berbeza. Kita sama. Satu hati. Mungkin.


Masa yang ada kita manfaatkan bersama.


Pukul berapa, hari apa, buat apa.
Tanpa sedar, timbulnya perasaan itu.
Mahu lagi dekat.Mahu habiskan masa yang tak mungkin diharuskan bermanfaat sahaja.
Kongsi segala.


Pernahkah dirasai orang lain?Pernahkah dibuat orang lain?


~~tiba-tiba cinta datang kepadaku...~~Lagu dimainkan. Mungkin kau faham. Mungkin tidak.


*pause


Betul.
Aku mahu awan. Berubah bentuk manapun, tetap setia meneman langit biru.
Hati kecil aku berbisik.
Senyum.
Kau mulakan keintiman itu.
Ya,kau mungkin juga aku.
Sipu.
Terus aku tatap wajah kau & terus menikmati keindahan pagi,malam itu dgn insan yang sama di sisi, di depan monitor LCD happiness hidup kami.
Mari kita teruskan kebahagiaan begini sampai kita mati nanti, sayang!

No comments: