Sunday 10 February 2013

Cerpen : Nota


Kau pernah cuba tulis nota terakhir?
Nota mati.
Aku pernah.
Beberapa kali.
Dalam beberapa kondisi.
Sengaja atau tidak.
Ini seringgit.
Ditinggalkan untuk kau.
Guna bila tiba masanya nanti.
Untuk cotton candy.
Aku mahu kau kekal manis di saat aku mati.
Jangan tatap aku lama-lama.
Cukup sekadar sekali imbas sahaja.
Aku tak nak kau ingat riak muka atau jasad aku yang tak bernyawa.
Kekal jauh di satu sudut.
Jangan lihat aku dimandikan,dikafan.
Apa guna kau lihat aku utk kali terakhir tanpa baju yg kau hadiahkan?
Kau tak perlu hadir bilamana aku dikebumi.
Sebab pada akhirnya, kau sebenarnya yang akan melangkah pergi.
Meninggalkan aku.
Patah tumbuh,hilang berganti.
Tapi tempat aku di dlm hati kau,jgn diganti.
Di situ aku pernah berada,dan biar di situ aku bersemadi.
-tamat. mati-

No comments: