Monday 10 December 2012

Kan :)

Permulaan aku sakit
Kini aku faham

Kena sedar
bukan sedikit perisa mampu buat terasa

Tapi fokus bersahaja
geleng kepala
mari kita jumpa
bukankah kita bahagia 
cuma tak prihatin saja

bukan tak cinta
tapi tak gila :)

Sunday 9 December 2012

Sial

Kamu buat apa?
-Liar. Melingkar. Tidur.
Dah makan?
-Belum. Kamu pula?.
Dah
-Alhamdulilla.
(Dia berhenti. Diam. Bicara pada jiwa)
Penatkan.
Macam hati tak malu mata tak tersipu ada yang tertuju
menuju pintu yang mahu
Bukan dia. Bukan aku.
Melingkar erat urat sarat selirat cari darah bergeliat.
Mana kata bahasa hati ke mulut.
Dia bukan untukku irup tapi bukan untukku jua. Reput.
Perasaan yang dah luput tapi fasa sandiwara yang hanyut.
Menunggu bicara.
Mata dialun jiwa.
Sedia. Aku tidak. Kau iya.
Ku hidu tingkah kau Kau bawa lagakku
Ku dihiris. Kau menghakis.
Tipis.
Bagai diparut limau nipis. 
Silih ganti sampai kau tuli memerhati.
Kini, pergi. Tinggal aku sendiri.
Eh,bukan hilang jasad tapi hilang hati .
Betul! Memang pedih.
Siat jiwa yang karat. Mampat, Kisah padat hati sendat.
Ah.. Keparat....

Malam

Anggap kita punya lagi lapan malam.

Malam 1.Girangkan aku. Bawa aku laju tuju masa lampau.Buka semula buku lama.Kita duduk berdua sambil ketawa.


Malam 2.Bahagiakan aku. Beri aku senyuman itu.Kerana indah aku dari indah kamu.


Malam 3.
Jaga aku. Pagarkan aku dengan kawalan paling hebat.
jangan langsung ada yang berani sebat..
Kau sedia untuk bersilat.


Malam 4.
Kasihi aku. Lapangkan aku dengan segala duka.
Jauhi aku dari sebarang derita.
Jika ada, kau rampas dan kau yang rasa.


Malam 5.

Sayang aku. Gambarkan aku dengan setiap yang kekal.
Biar sukar untuk aku tinggal.
Biar aku tak rasa janggal.


Malam 6.
Indahkan aku. Maniskan segala kata walau dusta.
Biar langit senja aku rasa lama.
Biar putih mata jadi berharga.


Malam 7.
Lengkapkan aku. Yang kurang kau tambah.
Yang buruk kau indah.
Biar aku tahu segala macam yang tak tentu arah.


Malam akhir.
Malam 8.
Sebelum aku angkat kaki berjalan ke taman aman,
Beri ciuman, tanda ucap selamat jalan.
Tanda cinta bakal dikapan.
Tanda aku akan hilang selamanya dari pandangan.




Harapan

Harapan tidak lagi kedengaran
Fikiran tidak akan disaratkan bebanan

Memaksa untuk apa
Hanya pergaduhan

Ok. Now kita matang.
Duduk diam-diam 
Buat perlahan-lahan
Hembus dalam-dalam
Jom fikirkan ke depan

Ok.Now kamu buat di pihak akmu
Kami buat di pihak kami
Kalau tak ada tujuan
tak ada arah
kamu pergilah 
kerana kami hanya saksi dan sanggup mengharungi
kerana kami sayang kamu.

Betul. Sayang tak hilang. Namun redha dalam bayang. Tidak wayang tapi terbang 

Untukmu


Dibawah bintang berteduh bersama
Disuluh lampu bulan purnama
Cerah rumah api jadi tontonan
Dan bunyi pantai menjadi sarapan

Engkau yang ku anggap lautan
Lautan bumi Kalimantan
Penenang segala sebatan
Yang menjadi sebutan

Tapi aku silap bayang
Kau bukan lautan kasih sayang
Kau hanya lautan sementara

lautan yang dipenuhi api membara


pembakar apa yang ada
pemisah lautan pasifik
pemusnah ketulan ais
yang baru belajar membeku

Diam

Satu-satu aku terasa
hati yang berkata
atau tidak dijaga

satu-satu aku sedih
lihat dunia .. lirih

satu-satu aku sayang
kau tapi terbayang

kau kini dengan aku
tapi hati kau bukan

satu-satu cara
aku tiada.
hanya berdoa
pada Yang Maha Esa

aku tahu banyak yang aku buat pada kau
aku hanya ingin pulang merawat luka hati kau
ku pun tahu betapa sedihnya diri kau
aku banyak berdosa

memang aku bukan kaum hawa yang kau idamkan
untuk apa kau masih bersama?

mungkin tunggu yang betul2 dicinta?
aku hanya sementara..

apa yang aku perlu buat
mungkin diam kan diri
tenangkan hati

nak tutup telefon ah kebudak-budakan
nak deactivated facebook bukan kau tengok
nak tutup twitter kau tak heran

nampak kan aku ni siapa

tapi aku bingung
bingung siapa aku pada kau

kau denganku menghabiskan waktu
tapi aku tak tahu mana kurangnya

kau seolah membenci apa kata dariku
adakah fikiranku sahaja?

entahlah
hilang sepi khayal mual 
hanya diam kan diri
tak nak tanya apa-apa dah
seperti orang yang merajuk hati
tapi aku tak nak tunjukkan

aku nak diam. tak banyak berkata. pendiam. 
Diam itu lebih baik.
kan semua??

Ragu

perit.
aku lihat kau yang dulu dan yang kini

sumpah. aku sayang kau sangat.

tapi aku tak seistimewa dengan orang yang kau pernah kenal. cantik.
tapi aku tak setanding dengan orang yang kau pernah sayang. menawan.

aku tiada apa yang nak dilebihkan.
aku tiada apa yang nak dibanggakan.

lihat..
aku lihat duniawi dulu kau dan kini
aku lihat kau 'treat' mereka 
lain
sangat

betulkah aku ini perlu di sisi kau?

Ya Allah Ya Tuhanku
dugaan apakah ini
tunjukkanlah aku apa aku perlu pilih
menunggu atau pergi

aku sayangkan dia.

redha.
aku hanya perlu diam berlagak sahaja.
tidak perlu lagi berbagai-bagai
hanya lihat menanti adakah aku yang dinanti.

Dunia.. doakanlah untukku

1



Sumpah aku sayang dia. Sangat :'(






Tuhan, jagakan dia untuk aku ya?
Walau mana pun dia nanti, tolong ya ?
Aku xpasti apa akan berlaku, keadaan apa yang terjadi.
Tolong jagakan dia baik2, jangan pernah buat dia sakit, menangis, sedeh, berikan yang terbaek buat dia.





Gua sayang Lu !

Thursday 6 December 2012

Someone

I want a boy who would hold my hand in line at the mall & make all the girls jealous.
I want someone who would sing to me at random moments.
Someone who is more goofy than romantic.
A boy who would throw stuffed animal at me when i'm acting dumb.
Someone who would bet me kissed that he could beat me at all the old playstation games and then let me win.
A guy who would make fun of me just to hear my laugh.
He'd play with my hair all the time & surprise me with 25 cents rings.
Someone who I could share lollipop with & lay on a blanket with to count the stars.
We'd buy tons of disposable cameras to take the siliest pictures of each other & squirt water guns at each other in the house. 
But mostly ; some who would be my best friend & would never break my heart.
He would just always make me smile.

Wednesday 5 December 2012

Untitled

Olahan kata untuk satukan emosi
Psst.. berbisik dihati
Ledakan kata terburai jua

serapah ayat berada di helaian nota
hari ini marah esoknya gembira

kata marahnya
pada keadaanya
menebal teballah maknanya
cemberut ya biasalah

gembira eh terpancar di wajahnya
pelbagai bunga ada di notanya
ya senyuman indah

sempurnalah hidup kita
marah terasa
gembira ada
sedih pun ada juga
ya lengkaplah

kita manusia
bezanya bangsa
bezanya bahasa
bezanya rupa
bezanya kita
kita tetap dibawah langit yang sama

Tuesday 4 December 2012

SIXTH SENSE



Lalang melalang mengikut angin
Gemersik
Aku penuh dengan kehairanan
Luar biasa

Mawar berduri terkena jari
pedih lagi
Ku rasa yang tak ku jangka
Ngeri

Melihat yang terlewati
memori
Angin sepoi berbisik dinihari
kemari

Menanti
deria ke-6 menunjuk benda tak pasti
melayan hari
kini...
kau dan aku
beramah perang lagi...

Monday 3 December 2012

SOCIETY


Satu dua tiga empat
Lekas lekas siku lipat
Pagi pagi nak cepat
Pakai seluar jeans ketat
Cepat cepat ke pejabat
Kalau lambat kena pecat
Jalan jalan banyak tempat
Memang itu rutin sejagat
Hari berlalu macam ketupat
Jadual penuh dan padat
Macam mana nak buat
Inti hidup bermasyarakat

SAJAK CINTA



cintaku kepadamu belum pernah ada contohnya
cinta romeo kepada juliet si majnun qais kepada laila
belum apa-apa
temu pisah kita lebih bermakna
dibandingkan temu-pisah Yusuf dan Zulaikha
rindu-dendam kita melebihi rindu-dendam Adam
dan Hawa

aku adalah ombak samuderamu
yang lari datang bagimu
hujan yang berkilat dan berguruh mendungmu
aku adalah wangi bungamu
luka berdarah-darah durimu
semilir bagai badai anginmu

aku adalah kicau burungmu
kabut puncak gunungmu
tuah tenungmu
aku adalah titik-titik hurufmu
kata-kata maknamu

aku adalah sinar silau panasmu
dan bayang-bayang hangat mentarimu
bumi pasrah langitmu

aku adalah jasad ruhmu
fayakun kunmu

aku adalah a-k-u
k-a-u
mu

Aku Tak Akan Memperindah Kata-kata


Aku tak akan memperindah kata-kata
Karena aku hanya ingin menyatakan
Cinta dan kebenaran

Adakah yang lebih indah dari
Cinta dan kebenaran
Maka memerlukan kata-kata indah?

BALADA ORANG KALAH


barangkali kita cuma lelah setelah berabad berdebat
melihat pohon dan gunung bertumbangan satu-satu
lembah dan kali bertumpukan batu-batu
dan hujan yang enggan turun ke tanah

barangkali kita cuma lelah setelah berabad marah
melihat sungai dan laut menghitam oleh oli tumpah
kapal ikan yang tak henti menebar jala
mengusir perahu-perahu nelayan ke tepian

barangkali kita cuma lelah kehabisan daya
menghirup asap mobil yang memadati udara
bau busuk menyengat dari sampah berserakan
parit mampat di seluruh pelosok kota

barangkali kita lelah hampir menyerah
pada hukum alam yang mulai berubah
barangkali kita lelah karena cahaya api telah padam
dihembus angin kencang tanpa halangan
barangkali kita lelah karena kita sudah lelah
kehabisan tenaga kehabisan darah

Renungan


Ada baiknya,
            tak mencatat hidup
            dalam lembarlembar buku harian
Suatu masa,
            jika membacanya lagi
            manis, membuat kita ingin kembali
            pahit, membuat duka tak bisa lupa
Ada baiknya,
            merenung hidup
            dalam kloset yang sepi
Tak perlu malu,
            mengenang, tersenyum atau menangis
Setelah itu,
            siram semua
            bersiap menerima makanan baru
            yang lebih baik dari kemarin

Sayang


andai kau izinkan
walau sekejap memandang
ku buktikan padamu
aku memiliki rasa

rasa hilang dan rindu terbayang wajahmu
rasa cinta bergelora

rindunya makin terasa
alam bagaikan malam menantikan siang
resahnya jiwa...

aku bukan lemah tanpamu
tapi tidak lengkap jauh dari mu
selama mata ku terbuka
selama inilah aku mampu menyayangmu

Terjadi akan terjadi


Menjelang matahari
dengan segelas teh panas
di tengahari ni aku rasa bebas
bebas tanpa waswas

bebas dengan menebar pikiran
dari dakwat yg keluar dr pen
ini akan terhias di nota dengan aksara yg dijahit menjadi perkataan

ku tuliskan madah kefahaman
ku tuliskan karya kenikmatanku
dapat merasuk nota dengan dakwat biru

hilangkanlah perasaan
menghimpit penuh dengan keemosian
ku hilang ke akal mati
semua terus terjadi

terjadi terjadi terjadi

mati akal hanya bebas di nota kecil
sejarah hati
buta dalam terang
pekak dalam hingar
lupa dalam kenangan
paksa
aku redha....

Hikmah itu ada...
Tuhan itu seBAIKNYA

Saturday 1 December 2012

Kawan @ Lawan ?


Kawan jadi lawan, hati jadi rawan, mampukah berterusan adakah kau senang?

Sisa bersama , puas jiwa , hati dalamnya , penuh dengan tipu daya,

Depan ketawa, belakang menikam halwa, payah mencari sahabat dunia semua tipu semata

Pernah dengar isu baiknya dia bersebab sahaja?


Pernah dengar isu terukir senyuman tapi bukan kerna kita hanya kerna "dia"?


Hipokrit 


Tikaman


Ah! Ramai begini..


Susah cari senang dilupai?


Kata2 yang biasa didengari dari kawan yang tak sedar diri?

Menghimpit kata perbuatan teman


Menguasai orang dengan kehebatan diri


hanya pada katanya


bukan pada 'personaliti fizikalnya'

Persetan segalanya!


#DUNIA