Monday 4 February 2013

Merdeka Garden


Dengan kenangan Sabtu yang masih berbaki, saya mahu cerita tentang Ipoh - bikin hati patah. 
Kunjungan aku ke Ipoh hari ini ditekan urusan kerja, meskipun hati berat mengenang kisah kita bersama.
Tajuk - Merdeka Garden
Kau tahu, tadi aku makan di Merdeka Garden. Mee kari dengan kicap dan fishball kegemaran kita - dahulu. Entah kenapa malam jadi suram.
Tak berbintang, tapi dingin. Sedingin memori kau, ajar aku pegang chopstick dulu. Kita ketawa bila fishball itu jatuh ke bawah meja.
Cuma bezanya tadi tak ada kau & aku rasa janggal. Lalu aku minta sudu dan garpu, hapuskan segala cerita lampau kita yang telah berlalu
Ipoh yang selalu tenangkan aku, kini jadi asing. Seasing kita berdua yang berpisah kerana haluan yang kononnya berbeza
Aku percayakan segala alasan kau, sampai berita kau temui pengganti baru singgah ke telingaku. Dasar laki laki sial.
Esok awal awal pagi aku mahu ke pasar karat Ipoh, buang memori kita di situ & mungkin cuba cari memori baru. Memori yang tidak palsu.
Kalau kita berselisih lagi, kau akan ku bakar dengan renungan pergi-mampus-kau-lelaki-celaka. Dan aku betul betul maksudkannya.

No comments: