Monday 4 February 2013

Lima


Malam itu, malam yang aku tunggu. 5tahun, dan itu kali kelima kita bertemu. Ya, dalam 5tahun itu
Aku, Alma. Dan engkau Noah. Aku Aquarians dan kau juga sibuk menjadi warga Februarians. Kita sama. Walau nama aku Alma dan kau Noah
5 tahun, dan ini kali pertama aku ketemu kau di bawah langit gelap tak berbintang. Kerana malam itu hujan, seperti hati kau juga
"Hey,Alma. Pinjamkan aku bahu,boleh?" Aku pndg Noah.Aku senyum,meninggikan sedikit kedudukan & dia terus rebahkan kepalanya di bahu aku
Berat. Kepalanya berat. Sarat dengan masalahkah? "Kenapa, Noah? Mahu kongsi?" Aku mengusap rambut kerinting Noah
Tapi Noah tak bersuara. Dia cuma mengeluh beberapa kali dan kemudiannya dia menoleh dan memandang aku. Aku senyum.
Ada sedikit gusar di mata Noah. Tapi dia tiba2 menarik aku dekat...dekat... Sehingga aku dapat kira helaan nafasnya. "Oh, Noah"
Aku menoleh, menolak tubuhnya sedikit jauh dan kembali perbetulkan duduk aku. Sekarang, kepala aku pula yang berselirat
10saat, dan Noah mencapai tangan aku. Dia kucup perlahan dan aku diam memikirkan sesuatu. "Noah, are you okay?" soal aku
"I think I'm in love with you" Noah tersenyum.Aku tergelak. Kenapa radio memutarkan lagu seperti itu ketika aku sdg neves di sisi Noah?
Ketawa kami tibatiba sepi, Noah berada 5inci daripada wajahku lagi. "Alma, when will you touch my life again?"
Ya, aku tak sempat beri jawapan. Kerana bibir aku terkunci dengan bibir Noah sebelum aku sempat berkata ya ataupun tidak
5tahun,& hari yg aku tunggu itulah adalah hari di mana hati aku retak. Krn aku sedar,kucupan itu adlh kucupan selamat tinggal drpd Noah
Mungkin, Noah mengharapkan aku sudi bertemunya lagi di kehidupan akan datang. Mungkinlah. Walaupun ketika itu aku adalah seekor kucing
"Alma, when will you touch my life again?" "Never, Noah. Never"
 | TAMMAT

No comments: