Monday 4 February 2013

Bear

Mari cerpen kilat. Tajuknya; Seekor beruang di perhentian bas hancurkan hatiku, kau hancurkan lagi.
Pernah beberapa bulan lalu dalam satu petang yang tenang saya terserempak dengan seekor beruang betina di sebuah perhentian bas.
Macam mana saya tahu yang dia adalah beruang betina? Mungkin ianya cuma naluri national geographic saya.
Sebagai seorang manusia yang dididik rukun negara kesopanan dan kesusilaan saya menegurnya sorang ke awak? Boleh tumpang duduk?
Namun beruang tersebut tidak membalas, sebaliknya terus membisu dan memandang jalan raya yang dipenuhi kenderaan melintas laju.
Saya masih berdiri memandang beruang itu yang tiba tiba mengalirkan air mata sebelum jatuh terus hilang disebalik bulu pipinya.
Lalu saya menghulurkan tisu pada beruang itu, dia cuba mengambil dan zas, tangan saya putus terpotong oleh kuku tajamnya.
Kemudian saya hulurkan tangan sebelah lagi dan zas, tangan itu juga jatuh bergolek ke lantai tempat menunggu bas.
Lalu saya hulurkan oula dengan kaki, zas, kaki sebelah lagi, zas dan akhirnya dengan mulut, zas.
Darah membuak buak keluar daripada tubuh badan saya, wak, tapi beruang itu masih terperuk jauh dalam kesedihannya.
Awak tahu? Selepas itu bas sampai dan tiba tiba beruang jadi gembira lalu meloncat loncat masuk sebelum ia berlalu pergi.

No comments: