Friday 1 February 2013

LUAHAN RASA ITU SAMA?


Malam itu, luahan kita bersatu.
Ternyata rasa kita sama, terkesima..

Huh ! Lelah.
Biar hanya kata-kata, tapi aku lelah.
Berat untuk nyatakan semua.

Apa yang terucap, biar kita yang tahu.
Apa kau dan aku rasa, biar kita yang simpan.
Dan diantara kita, tetap ada Dia yang merancang segala.

Takut, biar sudah terungkap segala.
Takut itu tetap ada.
Kerana keyakinan kau dan aku tidak sama.

Mana mungkin aku bisa jadi pengganti.
Mana mungkin rasa kau melebih-lebih dari yang lama.
Ah, aku takut.

Jadi, aku biar persoalan itu lenyap seketika.
Aku cuma jalani yang telah dirancang, jalan itu.
Dan aku bersyukur, luahan rasa itu hampir sama.


P/S : Bahagiakah di hadapan itu ?

No comments: