Sunday 17 February 2013

Angin

biarkan angin menghembus laju,
kerana debu yg dibawa,
membawa pasir yg digenggam.

biarkan angin menghembus laju,
bunyinya terus mendayu,
menggetarkan segala di situ.

biarkan angin menghembus laju,
menggerakkan dengan gaya angin sini situ,
memudahkan gerakan yang berat tak mahu.

biarkan angin menghembus laju,
meratapkan isi hatiku,
kenangan aku yg dibawa.

biarkan angin menghembus laju,
kerana seiring dengan nafasku bila sayu,
kerana angin aku paham aku,
kerana aku bukanla batu,
kerana aku ingin bahagia itu.
hanya bahagia. tiada lain hanya satu.

No comments: