Monday 4 February 2013

Celakalah,kamu!


TAJUK : "Celakalah, kamu!" 


Semalam, aku tk dapat tidur. Walaupun sebenarnya aku sedang berenang dlm lelah dan sakit yg bertubi-tubi aku tusukkan pada dada sendiri
Dan aku masih cuba untuk tidur. Mata aku letih, badan aku capek. Tapi aku masih berfikir. Bodoh atau gampang?
Ah, bodohnya kegampangan ini. Menulis di bawah lampu berkelip dengan harapan dapat tidur tanpa berfikir.
Atau sebenarnya punca tidak dapat lelap ini adalah rindu? Rindu yang sentiasa mendajalkan aku?
Rindu yang selalu beri masalah pada aku? Dan kerana rindu yang celaka itu aku akhirnya putuskan sesuatu
Aku akan tetap diam walaupun rindu sudah sampai boleh bawa maut. Ya, sehingga begitu. Yang penting, rindu mana boleh bagitahu!
Celakalah kamu! Ya, celakalah kamu wahai rindu yang terpaku kelu! Ce-la-ka. Aku mahu tidur ni! Blergh
Dan jika ditanya apakah aku rindu, aku mahu jawab apa ya? Sila bantu aku?



TAMAT. Dan aku masih menunggu jawapan

No comments: