Monday 4 February 2013

Hati Dan Nyawa


Syarat untuk saling berkasih sayang adalah kepercayaan. Terutamanya dalam bercinta, hati akan berpindah badan.
Itu apa yang aku percaya, sampai satu malam bila tiba tiba aku rasa angin sejuk meresap dalam dada, aku lihat rompong. Kosong.
Aku lihat melalui celah lubang itu, ada seorang lelaki di belakang. Di tangan kanannya ada seketul hati miliknya, kiri, milik aku.
Aku merayu minta dipulangkan semula hati aku yang diambilnya dahulu kalau dia sudah membuat keputusan untuk ambil hatinya kembali.
Dia, dengan wajah selamba, menjatuhkan hati milik aku ke tanah. Berpaling, dan berjalan pergi.
Aku terkebil kebil melihat hati di tanah, bersalut debu kecewa, Air mata jatuh membasahi hati yang telah mati, telah pergi.
Celaka lah kau, kalau sudah tidak ada sayang seperti dahulu, mengapa dicampak tanpa belas kasihan...hati aku!
Aku rebah, mengah, lelah di tanah. Hati yang telah remuk mana mungkin aku letakkan kembali dalam diri. Kabur... terbaring sendirian.
Masihkah ada yang sudi meminjamkan cebisan hatinya buat aku? Atau terus sahaja aku begini, nazak dipukul rasa kehilangan.
Hanya Tuhan yang tahu. Selamat malam hati hati yang tenang, jangan sampai jatuh ke tangan yang tidak tahu menghargai.


No comments: