Tuesday 5 February 2013

Mawar Dosa


Mawar jangan layu.
Aku rayu.
Mawar kalau gugur.
Aku akur.


Lihat cantik kau. Lihat.
Sanggup calar cantik itu dengan debu kota, debu noda?
Kau ditaman kau menang, tiada lawan.
Kerana kau pujaan.
Tapi....
Kau di nyata kenapa celaka?
Mana wangi yang meruntun jiwa, yang memikat mata?


Mawar, lawan mawar, lawan.
Jangan rebah di bahu jantan.


Kumbang itu durjana. Isap dan lena.
Tinggal kau dalam hina,


Mawar, dengar mawar dengar.
Tajamkan durimu biar si kumbang terluka.
Cantas bila tiba masa. Untuk dia. Arjuna.


Mawar. Tuhan ada. Selalu, walau bukan depan mata.

No comments: