Monday 4 February 2013

Perhati


Pejamkan mata duhai pemerhati alam. Masih terlalu awal untuk kau mula berfikir. Sabar. Masa kita masih ada. Jangan risau, ya? -
 Misi aku hari ni nak perhati orang. Nak perhati gelagat orang. Ragam yang biasa. Tak kisah la kat mana. Janji dapat tengok. Saja.
“Eh! Ambil lagi sekali lah! Gambar tu tak cantik!” 4 orang gadis remaja sakan ber-posing. “Ready? Okay, muncung~!” –snap! –jalan.
 “Swit! Swit! Sombong! Takat muka macam tu~ Puih!” Remaja lelaki, belasan tahun. Jenakanya disambut gelak tawa yang hebat. –jalan.
 “You, panas!! Kenapa bawak I sini? Rimas!” “Hai, dulu kata I’ll go anywhere with you. Takkan lepak warung dah tak tahan?” –jalan.
 “Abang, sumbangan untuk Gaza--” –geleng. –pergi. “Aku rimas betul orang mintak2 ni.” –habis yang kau minta dari Tuhan tu? –jalan.
 “Kalau kau nak tau, macam ni la diorang panggil hipster.” “Haa? Apa –ster? Dah macam twister aku dengor.” –label manusia. –jalan.
“Sekarang tengah trend nih, apa kau tahu. Noob~” “Pergh, update gila kau! Tapi ni sure bermusim. Macam sebelum ni, kan?” –jalan.
Ada satu lagi tempat aku wajib pergi untuk selesaikan misi perhati hari ni. Tu diaa! Nampak dah! (CERMIN) –bertapa depan. –pergi.
 tamat. Kalau ada yang mahu sambung memerhati, dipersilakan. Dan jika ada yang menarik perhatian mu, sama2 kongsikan.

No comments: