Sunday 17 February 2013

Layu Dalam Melayu

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayangi 
dari melihat bangsaku di jajah 
tidak ada yang lagi menyedihkan dari membiarkan bangsaku hilang 

Aku lihat layu dalam melayu 
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak 
ada juga bercadang , bertanya tuan punya 
tapi bercampur risau dengan tak tergamak 
nanti dikata tak bersyukur 
nanti dikata tak sedar diri 
jadi aku menyendiri , 
memerhati dan akhirnya mengakui dari kita sendiri 
membiarkan bunga raya melayu ke kanan 
dan dibiar bunga tak cantik , mekar 
Aku lihat layu dalam melayu 

Aku lihat layu dalam melayu 
tanah air kita yang punya 
kita siram, kita baja 
tapi angin, api kita lupa 
mereka merancang masa, menjilat bangsa 
13 harimau bertukar jadi mangsa 
kita lupa nenek moyang kaya raya 
jangan sekali kali digadai harta bendanya 
ku lihat layu dalam melayu. 

Ku lihat layu dalam melayu 
takkan melayu hilang di dunia 
ya. tapi apa guna tak hilang di dunia 
kalau kewujudan tak dirasa, 
petah berbahasa, kudrat tak berjasa, 
orang berbudi kita hanya tahu merasa, 
selalu lari bila dirapat, 
selalu malu bila soalan diaju, 
selalu segan memberi pendapat, 
rela mengikut dari meneraju. 

Belum nyanyi sudah bersorak , 
berjanji dalam borak , 
bukan kata tak ada otak , 
cuma tak berfikir di luar kotak , 
aku lihat layu dalam melayu 

Aku lihat layu dalam melayu, 
Aku jadi sayu, 
bunga menangis dia mendayu, 
mahu jadi cantik tapi dia ragu, 
aku merayu... 
Bangunlah semula hidup kembali, 
jangan ditunggu matahari mati, 
cepatlah mekar sebelum terlerai, 
perjuangan kita belum selesai. 

......"Perjuangan kita belum selesai, kerana cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"......

No comments: