Sunday 17 February 2013

Cerpen Kasih Adik


Hujan turun renyai, keadaan makin menyuramkan.
Sekeliling mula padat dengan kunjungan orang.
Semua bersedih.
Tapi aku, tidak mampu mengalirkan airmata.
Seluruh keluarga menangis tiada henti.
Kenapa? Aku keliru dengan perasaan aku.
Aku mempunyai seorang abang.
Aku menyedarinya.
Aku rapat. Sungguh.
Sejak kecil kami bersama-sama menapaki jalan kehidupan tapi setelah masing-masing sudah besar hala tuju berlainan.
Aku sendiri.
Dia sendiri.
Sepi.
Aku tidak tahu mana pergi keintiman kami.
Semua hilang.
Hanya atas hal keluarga sahaja aku bercakap dengannya.
Aku lah yang satu satunya tidak mengeluarkan airmata.
Aku lah satu satunya tidak merasa kehilangan.
Sepertinya dia masih ada di kalangan kami.
Ya Rabbi.. Perasaan apakah ini. 
"Zal, kau tahu semalam aku mimpi abang, sedih sangat." Suara adikku mula kedengaran sewaktu aku melangkah ke dapur.
Sudah seminggu waktu itu arwah pergi.
"Mak pun sama. Semalam adik kau mimpi dia"
Aku diam. Pelik.
Semua mimpi abang.
Kenapa tidak aku?
Kenyataannya aku memang sayangkan abang aku.
Cuma aku tidak mampu bersedih dan mengharapkan apaapa dari abang aku.
Kasih aku masih kekal.  Kasih aku tiada penggantinya.
Berdoa untuk arwah berada di kalangan orang yang beriman.
Aku teringat zaman aku kecik bersama dia.
"Zal,mari kita ke dusun ambil buah mangga".
"Boleh jugak tu, boleh bagi mak makan, mak kan suka. Tapi dusun siapa?"
Keluarga kami tidak ada dusun untuk dipetik buahnya.
Aku tersenyum. Aku sudah tahu niatnya. 
"Ah,kau macam tak biasa pulak kan. Jom"
Kami berdua pergi ke dusun yang disebutkan itu.
Kami gelak ketawa, kami bersama menghabiskan masa bersama.
Mungkin kerana inilah kami begitu rapat seolah takdir sudah menghantar pesanan untuk dewasa kelak kami tidak akan menghabiskan masa bersama lagi.
Ya,betul. Aku bukan ego.
Ternyata aku tidak mampu kembali bersama dengan arwah semasa dia hidup. 
Sepertinya aku masih dapat merasakan dirinya masih hidup.
Kerana aku tidak merasa kehilangan.
Doa aku "Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Kau tempatkan dia ditempat orang yang beriman,sudah berbulan dia pergi,Ya Allah,moga Kau tidak memberi dia seksa yang berat darimu, moga Kau tahu kasihnya aku kepada dia, moga Kau sampaikan rindu ini kepada dia,Aku merinduinya Ya Allah."
Sejujurnya,kehilangan itu perit di keadaan nyata.
Kasihilah siapa yang berada dekatmu,
sayangilah siapa yang rapat denganmu,
sesungguhnya kehilangan itu seperti jiwa sudah rapuh.
Siapapun dia.
Abang,aku rindukan kau.
~Tamat~

No comments: