Saturday 21 September 2013

RoundAbout

'Kau nak lalu mana?'
'no.3'

Pusingan yg nak kemana kau nak. tapi kat depan tu masih ada pusingan. no.3 jugak kau kadangkadang lalu.

Kau tahu apa maksudnya?--

Kau ubah orang orang ubah kau kau ubah kau kau paksa ubah kau tetap lalui rasa yang sama. kadang no3 kadang no12 kadang no6 dab kadang no9.

jauhkan kau jalan pusingan jugak kau lalu.

jauhkan perjalanan sakit bahagia jugak kau bau.

Jaga hati kau bagi kuat.
kuatkan hati kau dengan apa yang kau ada.

Tuhan. doa.
Teruskan.
Semoga baik ya.

Wednesday 18 September 2013

Jawab Lelaki Perempuan

Bilamana lelaki dan perempuan bertengkar tentang teruknya masingmasing--

"Apa yang kau selalu buat pada perempuan?"
"Erm.. Aku anggap perempuan tu untuk keseronokan".
"Jadi kau keluar dengan aku kau anggap aku untuk seronok ke kawan? U guys are sick!"
"Aku bukan maksud kau? Ish.. Aku tak fahamlah dengan perempuan ni".

Lelaki :
"Sesiapapun tidak tahu kenapa perempuan tak pernah setuju dengan lelaki.

Dia banyak berfikir tetapi tidak pernah faham semuanya--
Hati dia kata lain tapi dia buat benda yang lain--

"Entah kenapa perempuan tak pernah setuju dengan lelaki".

She wants love--
But, she wants 'you' to make the first move--
Dia suka kusutkan diri dia sendiri.
Tapi dia luruskan 'rambutnya' semula? :)

Katanya: 'I mean. U are all the same dude. We are really good friends. But i never have looked at u that way. It;s good, but i still haven't thought about the issue.'

Kemudian dia berubah 'Kau bukan macam orang lain. Kau lain untuk aku.'

Tapi dalam beberapa hari dia bagi dia 'aku' sama macam lelaki lain.
Dia bebel : 'Kau pakai baju apa ni?'
'Ish apa potong rambut macam ni?'
'Kenapa bawak kereta laju sangat?'
'Kenapa makan gelojoh?'

"Boleh jadi gila aku dengan perempuan.
Rupanya kedatangan dia hanya nak merubahkan 'aku'.
Arah!"
"She sets a trap, in order to erase u".

Dalam bercakap dia perangkap.
Mula-mula dia bikin 'aku' ketawa.
Kemudian dia bikin 'aku' menangis.

Perempuan :
"Hey, kalau kau gembira dengan diri kau sendiri kenapa kau kejar kami perempuan ini?"
"Penuh dengan bunga heboh dengan hadiah?"
"Sebenarnya dah kenapa kau buat semua tu, kau yang bawa semua tu?"

Lelaki akan cakap : ' Siapa nama awak?'
'Would you like to have coffee with me?'
'I will drop u off at home'.
'Bila kita boleh jumpa lagi?'

"Jalan bercelaru tak payah nak hidup dalam kehidupan lah. Susah".
"Tak perlu bersumpah kau itu adalah lain dari laki yang lain. Kan?"

Sedangkan :
Tuala basah bersepah atas lantai.
Tak sape tahu mana penutup ubat gigi.
Pakai stokin semalam dengan cara terbalik.
Tak tahu sekarang pukul berapa ek?.

"Perempuan lah yang akan ajarkan cara nak hidup".
"Dia akan ajar kau bagaimana cara jadi manusia bukan binatang".
"Tanpa perempuan kau takkan berupaya walau sesaat".
"Dan dia jugak dah tahu yang kau takkan berupaya nak mengaku semua tu".

"Sebab inilah kenapa perempuan tak pernah setuju dengan lelaki".

Lelaki : 
"Siapa tahu berapa banyak perempuan mengingatkan lelaki sesuatu".
"Mungkin dia boleh lupa cinta tapi tidak tarikh".

Bulan tiga yang pertama kita berjumpa.
4 April 'aku' datang berjumpa dia.
12 April 'aku' sentuh dia.

"Hahaha".

Perempuan :
"Apalah sangat benda macam tu kat lelaki?. Tak memberi kesan apaapa pun".
"Lelaki kan boleh turn around jalan mana yang dia nak".
"Hari ini dengan seseorang".
"Lepas tu dekat sana dengan seseorang lain".

Peel lelaki :
'Mamapapa awak tiada dirumah?'
'Great'.
'Boleh saya datang?'
'Kawan awak jalan sorangsorang?'
'Boleh saya tumpangkan?.

"Ufffhhhppttthhhh?"

Lelaki :
"Hahaha, bukan!..."
Hanya bilamana dia say yes, dia buat lelaki menari setengah jam".
"Bila kita penat dia hiburkan hati kita".

Perempuan :
"Bila perempuan malu dan takut, dia sembunyikan perasaan dia".
"Bilamana perempuan say yes bermakna dia standby nak hadap semua benda".

"SEBAB INI LAH PEREMPUAN TAK PERNAH SETUJU DENGAN LELAKI!"




Monday 16 September 2013

Azza Wa Jalla

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al-Hadid : 22)

Sakit dan musibah adalah takdir Azza Wa Jalla.
Andai kita pernah sakit jangan lah kita hina diri sendri--

Kadang dalam tak sedar Tuhan beri petunjuk dan pintu yang seluasnya pada umat yang disayanginya.
Mana ada Tuhan pandang siapa kamu--

Kadang aku rasa kesal meninggalkan apa ajarannya.
Kadang aku rasa bebal menghilangkan pahala yang diberinya.

Tidak ada pun manusia yang kaya yang mulia sepenuhnya.
Manusia tu tak sempurna.
Fizikal pun ada cacat celanya belum rohaninya.

Jadi janganlah kita ni asyik nak cari kesalahn orang je.
Ambilkan cermin letak pada muka.
Tatap puas.

"Kenapa Tuhan beri aku kesakitan seumpama ini?"
"Kenapa Tuhan pilih aku?"

Jangan ditanya apa dan kenapa--

Lakukan perintahnya tinggalkan kemurkaannya.
InsyaAllah. Niat penting.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).
“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.
(HR. Tirmidzi no. 2399).
“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”.
(HR. Al-Hakim I/348).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

Sabar. Semoga mendapat petunjukNya. 

Aku disini bukan ingin menjadi kayu yang dibakar 
Aku hidup mahu disayangi sekaliannya.
Bagai kambing tidak mahu dipanggang.

Semoga dugaan aku untuk hari ini adalah penguat aku pada yang seterusnya.
Amin.


Saturday 14 September 2013

Letto - Permintaan Hati



Terasa kerinduan hati yang bimbang.

Terima Kasih

Terima kasih pada sekaliannya
Merasa aku dengan ikhlas

Terima kasih pada sedetiknya
Mengimbangi aku dengan ruah

Terima kasih dengan segenggamnya
Melindungi aku dengan perisai

Terima kasih dengan seputungnya
Menjaga aku dengan sabar

Sudah berlalu sekian hari
Merebak kasih menatap sayang
Sudah berjenuh panas hujannya
Melimpah rindu rugikan sayang

Andai aku tidak lagi disitu
Ku doa agar dituju lagumu

Biar nikmat sekelumit
Agar rasa indah seminit.

Cukup bagi aku.

Silapnya Kita

Memang masalah takkan pernah hilang kat dunia. 
Kau tak cari-- ia ada.
Kau cari-- bergandaganda tiba.

Kalau tak takdelah namanya sakit-bahagia-marah-suka.
Semua tahu kan. 
Tak perlu aku elaborate kan panjangpanjang lagi.
Sinonim dengan kehidupan.

Tapi....
Kenapa hati ini tak pernah bosan dengan perasaan sakit.
Sekali sakit.
Dah rasa, kali kedua sakit jugak.
Tak ada dalam kamus sekali sakit kau takkan sakit lagi.

Optimis dan pesimis.
Mana kau?
Takkan ada salah satu. Kita ada keduaduanya. Ya, keduaduanya.


Takkan ada manusia tak berbuat kesilapan.
Takkan ada manusia sempurna.

Sama dengan aku--

Kenapa kau masih tak serikserik memperbutakan hati aku?
Kenapa masih ada tanda soalnya?

Tanya diri kau.
Atau kau tak pernah puas?
Dengan rasa sakit marah kecewa?

Berulang? Begitu??

Friday 13 September 2013

Photoshop!


Ini adalah hasil karya saya dalam cartoonize menggunakan software photoshop cs6 :)

Bantai jela kalau tak kemas pun insyaAllah lagi rajin lepas ni :)

Thursday 12 September 2013

Takdir

Takdir kita bukan takdir semata.
Usahalah.

Bila kau dapat kerja yang kau dah interview kau mestilah dapat gaji yang ditawarkan.
Andai kau ponteng harihari, dapat ke gaji??
Itu takdir sebenar kau.
Nampak?

Aku pekakkan telinga bila ada orang jawabkan aku soalan aku dengan
'Dah takdir aku ja'.

Huh--
Jangan sibukkan hal takdir jika kau tak sibukkan diri kau sendiri.

Dicemuh--Marah
Dihina--Sedih

Apa jawapan kau?
'Takdir aku dihina'

Satu bahasa je untuk org macam kau ni--

BODOH.

Maaf

Aku minta tolong pada orangorang diluar.
Keji sangat aku. Hina sangat aku. Bebal sangat aku. Gila sangat aku. Hodoh sangat aku.

Tolong.

Jangan diburukkan aku pada yang lain.
Jangan difitnahkan aku.
Jangan didosakan aku.

Cukup.

Dengan dosa aku tanggung.
Dengan tanggungjawab aku pegang.

Tamat.

Hilangkan rasa semangat nak buat semua itu. Maaf aku hanya menjadi aku.

Mengapa?

Bila aku mula tolak,
Dan cakap,
'Sudahlah. Aku dah malas.'
Kau datang bermanjaManja.

Bila aku gila kau semula,
Kau lari,
Laju dan Tak menolehNoleh aku di
sebelah kiri.

Kenapa?
Kau sengaja main api?
Atau memang kau suka?
Suka tengok aku macam si
bodoh,
yang tak tahu diri?
Haih.

Sudahlah.

Aku dah malas.

*Hah! tgok lah. Harini aku
cakap begini.
Besok kau mesti bergeselGesel
di kaki.

Kehilangan

Aku cuba untuk fahamkan diri aku sendiri. Hati aku. Jiwa aku. Ego aku. Amarah aku. Gembira aku. Berbaur itu aku cuba fahamkan.

Aku cuba fahamkan diri aku sendiri. Dunia aku. Syurga aku. Neraka aku. Cuba aku fahamkan.

Dan--
aku dah kehilangan.

Rasa aku akulah orang yang paling bertuah bila ada orang yang menyayangi aku.

Dan--
aku dah kebuntuan.

Rasa aku akulah orang yang paling malang bila ada orang yang aku sayang dah mula mengabaikan aku.

Bodoh aku--
aku biarkan.

Bila kau mula biarkan aku dilema tetapi kau masih mahukan aku.
Bila kau mula lahirkan aturlangkah yang membuat aku 'cuak'.

Bengap aku--
aku terkaku.

Lihat saja. Pendam saja.
Tanpa lahirkan perasaan kecewa.

Kini--
aku kehilangan dalam ada.

Wednesday 11 September 2013

Pengajaran

Kau tengok cermin. Kau tenung 'orang' yang dalam cermin itu.
Kau letak tangan kau di dada. Di jantung, tepatnya.
Kau pandang dalam - dalam 'orang' yang dalam cermin tuh.
Dan kau sebut perkataan nih satu - satu.
"Apa aku nak sebenarnya nih?"
"Apa aku tengah buat sebenarnya nih?"
Kalau kau boleh jawab terus - menerus, aku tepuk tangan.
Kalau kau diam, sila ulang semula.
Ke kau tunggu aku 'tepuk' kau?




Pengajaran yang Mengajarkan.

Aku telah cukup diajarkan oleh dia.

Diajarkan secara halus.
Diajarkan secara kasar.
Tamparan bersepah - sepah sebenarnya.
Niat dia dari awal baik, tak pernah menyimpang.
Niat aku? Biar dia berkubur mampus. Habis.


Sebab tuh aku suruh kau pula tengok cermin kali nih.
Dan sentuh jantung kau.
Berbalik semula pada niat nan satu. 


Aku tak pernah letak diri aku atas sesiapa pun.

Even sekarang aku masih rasa aku terpaling bawah dari yang lain.
Ini semua disebabkan apa yang dah jadi dan apa yang aku dah pernah buat.
Tapi bila kau (kau yang aku anggap atas lagi dari aku) pula lalu di jalan yang sama.
Aku tertanya, "Kenapa weyh, kenapa?"

Kisah aku mungkin banyak tidak betulnya.
Walau tak banyak betulnya, aku hargai sebab pengajaran yang dia elok bagi kat aku.
Dan sampai sekarang aku ingat.
Besar lagi pengaruh dia, aku tak boleh nak buang. 
Sebab apa? Sebab dia banyak ajar aku, dari segi apa, aku jer faham dan tahu.

Dan sebenarnya.
Pokok pangkal.
Aku tak mahu kau atau sesiapa yang aku sayang.
Lalu jalan yang sama. Macam aku.
Hadap benda yang sama. MMacam aku.

Sakit luar dalam yang sama. Macam aku. 
Sebab aku tahu penghabisan dia macam mana. 
Sebab aku dah lalu dulu.

Namun.

Manusia kalau dia tak tempuh sesuatu tuh, dia takkan tahu, bukan?
Makanya. Apa - apa pun nanti, Beban tuh terletak di tangan kau sendiri.
Sebab dengan Pilihan yang kau buat. Baru kau dapat Pengajaran.

Pengajaran yang Mengajarkan.

Ps: Aku tahu, aku standby belakang kau selalu. Catch you if you fall, friend. :)

Tuesday 10 September 2013

Bila Madah Berkuasa

Ku lumat segala rasa dalam jiwa,
Ku hentak segala beban di dada,
Ku rebah dalam nadi yang tak sekata,
Ku jatuh tika manusia mula berkata...

Ada apa dengan bicara di bibir lidah?
Ada apa dengan madah yang tak semena?
Kita bukan Tuhan, bisa menilai dari kaca sukma..
Kita bukan Tuhan, bisa tembus rasa manusia...

Ku lelah dengan kata yang terucap tanpa basmalah,
Ku asma dengan rencana manusia alpa,
Ku sesak dengan lontaran hujah tanpa haqnya..

Pernahkah terfikir untuk sejenak dua?
Pernahkan bersujud dalam dingin tahajjud?
Pernahkah bermuhasabah untuk sedetik sesaat?

Jika ya,
Dan jawapan yang termiliki dari merebah jiwa pada Sang Pencipta,
Adalah kamu manusia sehebat Baginda.
Maka hamburlah segala maki madah,
Segala kata nista pada jiwa lainnya..

Jika terasa diri sesempurna segala,
Maka hukumlah manusia tanpa dacing hisab syurga neraka,
Dan heretlah mereka dengan ucap bicara,
Andai benar lidah kalian lebih berkuasa...

Manusia,
Kita sama, tanpa beza..
Andai warna membeza jiwa,
Andai rupa membeza pengabdian rasa,
Maka silaplah kata,
Maka dustalah madah bicara...

Membeza kita cuma amalan,
Memisah kita cuma jalan pilihan.
Memecah kita cuma salah pendirian,
Membeza kita cuma kerataan nilai iman...

Jadi,
Berjaga tika berbicara,
Berhati tika bertingkah,
Kerna kita manusia,
Tiada yang berbeza di sisiNYA.

Yang Tertinggal Hanya Aku

AKU.
AKU.
AKU.
AKU.
AKU.


Hitunglah banyak mana.
Kiralah guna apa.
Yang tertinggal.
Hanya aku.
Hanya
Aku.

Teringin Benar

Teringin benar rasanya ada kawan rapat.
Maksud aku,
Ada gengGeng macam merekaMereka.
Jadi kawan yang selalu orang ajak keluar.
Bukan ajak bila hanya aku yang ada masa.
Ajak sebab memang mereka ingat aku.
Teringin benar.

Tapi pada masa sama.
Hati aku belum terbuka untuk percaya manusia.
Susah. Amat.
Tak tahu kenapa.
Aku rasa sebab aku selalu di ambil kesempatan atas beri muka aku.
Aku selalu di tikam bertubi,
Bila aku beri peluang.
Mungkin sebab itu.
Bila baik sikit,
Aku pasti kena tipu.
Tapi itu tak membuat aku terus buat baik pada manusia.

Cumanya,
Hati aku tak mungkin akan pernah terbuka.
Untuk manusia yang namanya kawan rapat.

Tapi,
Aku teringin benar--

Tinggilah

CitaCita aku tinggi,
Tapi tak pernah ada yang berdiri,
Tarik dan sokong belakang aku,
Ada tu ada,
Tapi sekadar sokong,
Tak tolak aku mara.
Sekadar menang sorak.

Aku pula jenis tak boleh berdiri atas kaki sendiri,
Dari kecil dah di arahArah,
Bila besar, tiada yang mengarah,
Buat aku jadi hilang arah.

CitaCita aku tinggi,
Tapi 'supporter' utama aku tiada,
Yakni keluarga.

Aku nak jadi pencipta lagu,
--Belum dengar laguLagu aku, dah kondem habisHabisan

Aku nak jadi cikgu sukan,
--Belum tahu, dah nilai keupayaan aku.

Aku nak jadi penulis, aku nak jadi ahli bahasa,
--Belum di baca penulisan aku, sudah di keji aku tak reti.

Jadi,
Dari mana boleh aku dapat kekuatan tu?
Untuk aku berdiri,
Dan maju?

Mahu bergerak sendiri,
Masih di ikat tali pada kaki,
Masih di gari.

CitaCita aku besar,
Tapi anganAngan aku punah,
Dek rasa tidak percaya keluarga,
Pada kemampuan aku.

CitaCita aku tinggi,
Tapi hanya mampu ku pandang sepi.

Paranoda

"Aku manusia biasa,
yang meluah guna rasa,
Meratah guna minda,
Menatap guna mata....

Aku manusia mikro,
Yang hinggap pada jiwaJiwa yang ada,
Menggarap kudrat pada yang setia,
Menagih kasih pada Sang Pencinta....

Aku menulis bukan bersahaja,
Aku menulis pada dunia,
Tentang jiwa,
Tentang sudut lihat manusia lainnya,
Tentang perkara yang tak terlintas,
Lingkungan atma........."

Manusia Benci Kau

Kenapa di dunia ni wujud manusia,
yang tak puas hati dengan kau?
Suka keji kau,
Suka cari pasal dengan kau,
Suka cari salah kau walaupun kau dah sehabis baik dengan dia?
Kenapa?

Sebab dia tahu,
Dia sedar,
Dan dia nampak,
Yang kau berkaliKali lagi bagus dari dia,
BerkaliKali lagi hebat dari dia.

Jadi,
Dia rasa tergugat.
Sebelum kau tambat hati orang lain,
Dia akan sedaya buat orang benci dengan kau,
Dia akan sedaya perlekehkan kau.
Sebab dia tahu nanti,
Orang lain tak nampak dia,
Kalau dia tak buat sesuatu.

Dunia. Manusia.
Itu perkara biasa.
Walau sekali kau kawan dia,
Dia tak kira.
Asal dia satu tangga lagi atas dari kau.

Dia nak nama.
Dia nak perhatian.
Kesian.
Manusia kurang belaian.

Malam ke Pagi

kamu
menung.



ya.
kamu.

Blame



  Blame yourself

DUNIA



  Muntah aku dengan hadam dunia--

"Ayat Menari"-Lelaki

"Malam belum cukup malam kalau ada lampu terang,
dan cinta belum cukup cinta kalau bukan kau sebagai bintang."

Itu.
Ayat yang menari. Meniti rapat di tepi bibir yang diketap.
Sumpah.
Itu, ayat yang menari.
Tapi cuma dan hanya cuma menari di situ dan sikit pun tak dapat aku titipkan pada kau.
Apatah lagi disenandungkan sebagai lagu malam. Segalanya terasa seakan cukup bangsat untuk aku pada waktu itu. Bangsat kerana tersepit-sepit di celah sesuatu yang masih belum pasti; belum termeterai.
Tingkah aku pada waktu itu cukup bersahaja.  Atau mungkin aku sengaja sahajakan agar tak kelihatan terlalu kekok.

Sesekali mata aku menjeling ke arah kau sekadar untuk melihat kalau-kalau ada senyum yang terbingkai di bibir. Dan sesekali tangan kau aku genggam erat sekadar untuk tahu kalau-kalau kau membalas genggaman itu. Sekadar untuk tahu kalau-kalau genggaman itu juga cukup erat.

--Kita nak ke mana? Tanya kau sejurus kita mula melangkah meninggalkan tempat di mana kita berdiri.
--Bawa kau pergi tempat tu. Balas aku dengan ringkas.
--Ke mana? Tanya kau lagi.
--Bawa kau ke masa depan. Masa depan kita berdua. Jawab aku sambil tersenyum.  Langkah aku dan kau sama laju, sama perlahan. Dan tangan kau, masih aku genggam. Lepas rindu, mungkin. Dan setibanya kita di tempat yang aku janjikan pada kau tadi, aku pantas menyerahkan tangan kau pada seorang lelaki. Lelaki yang aku sendiri masih belum kenal. Tapi yang aku tahu, lelaki itu bukan aku. Dan lelaki itu adalah bakal cinta hati kau.

--Genggam sepertimana aku genggam. Jangan lepaskan sepertimana aku lepaskan. Kata aku pada lelaki itu sebelum aku berlalu perlahan, meninggalkan.

"Sumpah. Itu, ayat yang menari.
Dan sumpah, kau pernah berada di hati."

POSKAD 2013

Aku kehabisan masa,
Kerna aku dilewat waktu,
Aku bukan dipaksa,
Cuma takut jadi hantu.

Ditengah hujan gelap,
Ribut tidak akan malap,
Konsentrasi bisa gilap,
Hancur hancur silap.

Masih ingat aku takut terbang,
Masih ingat aku takut hilang,
Momen itu sedang ada,
Momen itu sedang ada.

Hujan makin senyap,
Rintis rintis dicurah titis,
Lalu aku pasang sayap,
Terbang untuk cari titik.

Aku kehabisan masa,
Aku kehabisan biasa,
Aku kehabisan rasa,
Aku kehabisan kamu,

Itu luar biasa.

#

Sunyi







-Ketawa
diam!!!!





Sunyi semula.

FUCK YOU AMPANG

Aku benci kota ampang,
Kota yang penuh kemunafikan,
Kota yang sarat dengan kecelakaan.

Di sini,
Aku kenal siapa itu TEMAN,

Disini,
Aku kenal erti KAWAN.

Disini,
Aku terdedah dengan LAWAN.

Aku kira,
Setiap titis darah mengalir dalam badanku kini,
Hanyalah dari titis-titis celaka,
Yang aku hirup terus dari kota celaka ini.

Dan kini aku sedar,
Disebabkan celaka itulah,
Aku bias berdiri kini; Sendiri.

AMPANG!
FUCK YOU!

Cermin

"Mungkin kata-kata itu hanya bisa dijadikan nafas nafsu yang menyeru,

Tetapi,
Langkahnya kaku--."

Pelacur kata

Aku mencelah dalam kesibukan kota--
Aku berlari dari kejalangan bandar--
Aku rendam hati tak mahu keluar--

"Persetankan apa katanya orang-- Aku adalah aku. Jauh mana kau mengutuk aku tetap aku--, mencari hilangnya diri aku, Sialkan maki orang aku tetap disini. Hak aku diri aku!"

Silapnya kitakita mencari kesalahan orang.
Bukan sa-orang tapi sekeliling.
Tidak malukah??

Kini--
Aku pujuk hati diamkan diri,
tetap hati dijemur oleh kehangatan pagi,
keringkan yang basah dek marah pada nista mereka.

'Kau tolak aku, aku tetap masih melompat,ketawa,sedih,gembira'

Inilah orang kita. Walau kita sedih marah gembira tetap juga mahu katakata.
Pelacur kata katanya.

Pelacur kata--


HItamnya hatimu

Siapa aku untuk menghina mengomen merosakkan fikiran seseorang yang dihormati,

Siapa aku untuk memperbetulkan salahnya kau,

Aku disini lihat pandang mengeluh,
"Apa bisa dia seorang yang perlu dihormati lagak begitu?"
"Apa bisa dia membiarkan dirinya hilang dari pegangan?"
"Apa bisa dia membiarkan anakanaknya isterinya susah kerananya?"
Jawabkan aku--

"Biarkan dia, suatu hari nanti teringatlah dia akan perbuatannya."

Bukan. Bukan aku mahu memburukkannya.
Aku hanya mahu sedikit hak anaknya isterinya diperjuangkan.
Aku kasihan. Perit--

Kata orang--
"Biar melentur buluh dari rebungnya"
"Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"
Maksudnya :
- Jagalah didiklah sesuatu dari permulaanya.
- Sama rentaknya anak dari acuan bapaknya

Mungkin disini aku salah--
Aku melihat-- Aku merasa--

"Pilih kasih!"
"Agama ini tidak adil!"
"Pecahbelah satu hari nanti!"

Aku didengarkan suara rintihan ini. Sadis--
Mengapa begini sekali jadinya.

"Wahai bapa, pimpinlah tanggungjawabmu selagi terdaya, janganlah kamu sebagai bapa itu gagal menjalanakan itu. Malu"

Umpama kereta sorong yang ingin berjalan tapi dipandang org tiada ingin menolaknya kerana hati itu tiada perasaan yang suci, hitam--