Sunday 10 February 2013

Perasaan

"Kau sayang aku?"
"Sayang tak perlu aku ucapkan kerap kali,sayang".
"Kenapa?"
"Kebenaran perlu dinampak,bukan dicakap".

Dia diam. Sayu mukanya. Hatinya berperang mahu tahu kebenaran.
Aku berada dengan dia. Setiap masa.
Perlu ke aku beritahu setiap saat.
Mungkin aku tidak memahami perasaannya.
Ego. Menutup kasih itu.

"Aku perlukan wang"
"Wang?"
"Ya,untuk aku menyelesaikan masalah aku"
"Aku cuba untuk menolongnya"

Selepas beberapa hari aku diam. Tanpa khabar.

"Mana kau?, kau kata kau mahu tolong aku wahai cinta"

Aku diam. Tidak balas mesej tersebut.

~Kalau kau tidak mahu menolong aku, kau beritahulah.
~Kalau kau tidak mempunyai hati perikemanusiaan terhadap aku, kau terangkanlah.
~Apa kau ni, Seorang yang memikirkan diri sendiri.
~Bimbo, hipokrit, munafik, tidak berhati perut
~Sanggup kau meninggalkan aku tanpa khabar berita sebelum menolong aku.
~Begini kau kata sayang. Aku dah petih dengan perangai kau

Bertubi-tubi mesej aku dapat. Aku nangis. Kenapa kau buat aku macam ni. Hati aku meronta.
Aku bukan tidak mahu tolong. Tapi aku ikhtiar dalam masa yang sama. Cuma jalan itu tidak nampak lagi,
Apa itu kau boleh menghukum aku begini.

~Aku ikhtiar. Aku sayang kau, tapi kenapa kau perlu menghina aku sebegini rupa wahai rindu

Itu sahaja aku mampu membalas. Dari dulu sehingga sekarang aku tidak nampak kasih kau. Hanya wang semata. Sehingga aku tidak kenal diri aku sendiri. Pergi membunuh siapa aku.
Membusukkan diri aku sendiri. Aku ralit dengan keseronokan yang kau berikan ajarkan.

~Ah.. kau pandai berkata. Apa kau tunjukkan? Tolong aku ketika susah pun aku perlu mengemis di jalanan untuk kau.

Maafkan aku, rindu. Aku cuba mencari apa itu cinta. Aku tak jumpa.
Aku tekad
Biarlah lama pun kita bersama, tapi aku perlu tahu mana hala tuju ini.
Kelam. Aku tidak nampak apaapa. Kau masih dengan dunia kau. Bukan dengan aku. Aku hanya penyinggah kegelapan.
Tiba-tiba aku dapat mesej berupa kesedihan.

~Maafkan aku, Aku tidak bersedia untuk cinta kau. Aku perlu pergi mencari kerjaya aku. Aku tidak perlukan kau lagi dalam hidup ini.

Punah. Aku dah agak. Lirih tangisanku.

Dia pergi. Kerana wang.

~Tamat~ Putus.

No comments: