Monday 18 February 2013

19 februari

Dugaan aku datang bertimpa. Berturut ganda.
Aku tahu. Mengapa.
Semua itu kerana kebahagiaan , keseronokan aku dulu melebihi apa yang Tuhan takdirkan.

Kini, aku mencari lagi dugaan, cabar takdir.
Kerana itu aku menangis, sakit.

Datang tanpa tujuan
Hilang tanpa kepastian
Bahagia aku sekejap kejap.

Malam ini malam apa?
Malam yang betul apa malam yang salah? Kelam? Bahagia?
Berbaur rasa.

Katakan apa saja yang kesat
Katakan apa sahaja yang berselirat.
Sarat, bagai awan kepul yang padat

Kau dan aku berbeza.
Kau dan aku sama.
Apa ?
Tak perlu kau tebak tak perlu kau teka
Kau tahu..
"Sesungguhnya apa yang kau tahu dia tidak tahu, apa yang kau tidak tahu dia lebih mengetahui"
Jadi diamkan.
Ada hikmah segala.

Ya,aku bukan senarai kecilnya mahu besar
Tapi aku pernah bersamanya walau hambar.

Dosa aku dihitung lagi. Cambah.
Doa aku bertembung memberi. Suka.

Kau beri harapan pada mulanya.
Berdepan, kau balikkan kata.
Aku diamkan. Tidak tahu mengolah apa.
Bahasa sudah ku ritmakan,
Alunan sudah aku dendangkan. Mahu atau tidak.

No comments: