Sunday 17 February 2013

Adam Hawa



Sesungguhnya Adam dijadikan pada Hawa
Hawa ditangungjawabkan pada Adamnya.

Sesungguhnya Tuhan jodohkan setiap manusia
Manusia tawakal perlu usaha.

Aku lihat nafsu serakah.
Aku lihat kerana wang, jadi curang
Aku lihat kerana pangkat, jadi hamba sayang
Aku lihat aku lihat.. Aku sayu. Aku rasa malang.

Mana tertib Adam
Mana ayu Hawa
Aku malu

Benar janji Tuhan.
Yang baik untuk yang baik
Yang sebaliknya untuk yang sebaliknya.

Bukan menghina bukan mencaci
Itulah sebaik jaga keturunan nanti

Cinta tak kenal siapa.
Kau tahu mana yang baik untuk kau.

"Aku mahu yang satu kepala dgn aku tapi pandai jaga aku"
Kau dapat. Kau hargai. Itu jodoh kau.
Kau tak dapat. Kau kesali. Kau berubah. Itu hikmah dari DIA.

Apa yang Tuhan rancangkan untuk kita
Kita juga yang mengolah dan mengeditkan.
Kau yang pilih simpang itu.
~Hatihati pada pemberi hati~~
~~Jagajaga simpang kanan kiri~~
~Lawan nafsu dan batil~
~Bedakan buruk dan baik~

Wallahualam.

No comments: