Monday 4 February 2013

Sakit


Aku menulis hari ni dengan apa yang tinggal. Kulit koyak. Darah banyak hilang. Tulang patah. Jantung tunggu masa berhenti berdegup.
Sakit pada fizikal. Kau terus dapat lihat pada luarannya. Lebam, bengkak, luka, calar, patah, berdarah. Nyata. Jelas. Pedih, bukan?
Tapi kalau yang bukan fizikal? Sakit yang didalam. Sakit yang kau tak nampak. Sakit yang kau sendiri 'rasa'. Sakit yang tiada kata.
Sakit dalam dia tak tunjuk. Sebolehnya dia taknak tunjuk. Tapi kau boleh tahu. Bilamana mata sendiri yang tunjuk. Iya. Titisan itu.
Tetapi. Kalau tak rasa sakit. Kalau mengelak dari sakit. Kalau takut sakit. Sampai bila kau nak sedar? Sampai bila kau nak belajar?
Setiap cara. Ada kasar dalam lembutnya. Ada lembut dalam kasarnya. Dengan sakit ini mungkin cara terbaik untuk kau kembali terjaga.
Dunia bukan kita yang pegang. Dunia bukan kita yang kawal. Dunia bukan kita punya. Dan segala rasa ini pun Dia beri. Beri bersebab.
Jangan tunduk pada sakit. Jangan layan karenah sakit. Jangan fikir rasa sakit. Jangan hirau rengek sakit. Kau kena jadi kuat. KUAT
Dan aku. Nak pergi mencari penawar sakit. Tak lama. 2-3 minggu sahaja. Aku jumpa korang lagi 2-3 minggu. Maaf. Sakit sangat dah ni.
Aku mahu lena dengan harapan esok masih ada. Matahari, jumpa esok pagi! 

No comments: