Tuesday 10 September 2013

Pelacur kata

Aku mencelah dalam kesibukan kota--
Aku berlari dari kejalangan bandar--
Aku rendam hati tak mahu keluar--

"Persetankan apa katanya orang-- Aku adalah aku. Jauh mana kau mengutuk aku tetap aku--, mencari hilangnya diri aku, Sialkan maki orang aku tetap disini. Hak aku diri aku!"

Silapnya kitakita mencari kesalahan orang.
Bukan sa-orang tapi sekeliling.
Tidak malukah??

Kini--
Aku pujuk hati diamkan diri,
tetap hati dijemur oleh kehangatan pagi,
keringkan yang basah dek marah pada nista mereka.

'Kau tolak aku, aku tetap masih melompat,ketawa,sedih,gembira'

Inilah orang kita. Walau kita sedih marah gembira tetap juga mahu katakata.
Pelacur kata katanya.

Pelacur kata--


No comments: