Tuesday 10 September 2013

Tinggilah

CitaCita aku tinggi,
Tapi tak pernah ada yang berdiri,
Tarik dan sokong belakang aku,
Ada tu ada,
Tapi sekadar sokong,
Tak tolak aku mara.
Sekadar menang sorak.

Aku pula jenis tak boleh berdiri atas kaki sendiri,
Dari kecil dah di arahArah,
Bila besar, tiada yang mengarah,
Buat aku jadi hilang arah.

CitaCita aku tinggi,
Tapi 'supporter' utama aku tiada,
Yakni keluarga.

Aku nak jadi pencipta lagu,
--Belum dengar laguLagu aku, dah kondem habisHabisan

Aku nak jadi cikgu sukan,
--Belum tahu, dah nilai keupayaan aku.

Aku nak jadi penulis, aku nak jadi ahli bahasa,
--Belum di baca penulisan aku, sudah di keji aku tak reti.

Jadi,
Dari mana boleh aku dapat kekuatan tu?
Untuk aku berdiri,
Dan maju?

Mahu bergerak sendiri,
Masih di ikat tali pada kaki,
Masih di gari.

CitaCita aku besar,
Tapi anganAngan aku punah,
Dek rasa tidak percaya keluarga,
Pada kemampuan aku.

CitaCita aku tinggi,
Tapi hanya mampu ku pandang sepi.

No comments: