Wednesday 11 September 2013

Pengajaran

Kau tengok cermin. Kau tenung 'orang' yang dalam cermin itu.
Kau letak tangan kau di dada. Di jantung, tepatnya.
Kau pandang dalam - dalam 'orang' yang dalam cermin tuh.
Dan kau sebut perkataan nih satu - satu.
"Apa aku nak sebenarnya nih?"
"Apa aku tengah buat sebenarnya nih?"
Kalau kau boleh jawab terus - menerus, aku tepuk tangan.
Kalau kau diam, sila ulang semula.
Ke kau tunggu aku 'tepuk' kau?




Pengajaran yang Mengajarkan.

Aku telah cukup diajarkan oleh dia.

Diajarkan secara halus.
Diajarkan secara kasar.
Tamparan bersepah - sepah sebenarnya.
Niat dia dari awal baik, tak pernah menyimpang.
Niat aku? Biar dia berkubur mampus. Habis.


Sebab tuh aku suruh kau pula tengok cermin kali nih.
Dan sentuh jantung kau.
Berbalik semula pada niat nan satu. 


Aku tak pernah letak diri aku atas sesiapa pun.

Even sekarang aku masih rasa aku terpaling bawah dari yang lain.
Ini semua disebabkan apa yang dah jadi dan apa yang aku dah pernah buat.
Tapi bila kau (kau yang aku anggap atas lagi dari aku) pula lalu di jalan yang sama.
Aku tertanya, "Kenapa weyh, kenapa?"

Kisah aku mungkin banyak tidak betulnya.
Walau tak banyak betulnya, aku hargai sebab pengajaran yang dia elok bagi kat aku.
Dan sampai sekarang aku ingat.
Besar lagi pengaruh dia, aku tak boleh nak buang. 
Sebab apa? Sebab dia banyak ajar aku, dari segi apa, aku jer faham dan tahu.

Dan sebenarnya.
Pokok pangkal.
Aku tak mahu kau atau sesiapa yang aku sayang.
Lalu jalan yang sama. Macam aku.
Hadap benda yang sama. MMacam aku.

Sakit luar dalam yang sama. Macam aku. 
Sebab aku tahu penghabisan dia macam mana. 
Sebab aku dah lalu dulu.

Namun.

Manusia kalau dia tak tempuh sesuatu tuh, dia takkan tahu, bukan?
Makanya. Apa - apa pun nanti, Beban tuh terletak di tangan kau sendiri.
Sebab dengan Pilihan yang kau buat. Baru kau dapat Pengajaran.

Pengajaran yang Mengajarkan.

Ps: Aku tahu, aku standby belakang kau selalu. Catch you if you fall, friend. :)

No comments: