Sunday, 17 February 2013
Tribulation
Mengeluh dengan langkah teratur
Dan peribadi yg amat berterabur
Di sebalik jurang jurang yg kabur
Meniti hari sebelum jasad terkubur
Sementara tanah dipijak masih subur
Pendirian tersirat dengan larat
Besi buruk diremuk dan berkarat
Terhakis sendiri ke dunia barat
Sakit derita tulang 4 kerat
Membukit apa yang dihasrat
Apa yg terhasrat?
Yaaa, dugaannya amat berat
(ii)
Amat leceh utk terus berbicara
Krn memikirkan byk perkara
Yang bermain di minda atmosfera
Meletus, hangus harihari lara
Membakar semangat-semangat dara
Serik dengan cacian, segala terkeji
Namun bukan senang mengawal diri
Tetap janji yg goyah terpatri
Kerana kerap kali ia dimungkiri
Dunia sering disakiti
Dan diselang mengubati
Melarut dengan sebati
Hidup bukan untuk mati
Hanya perlu berserah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment