Puisi Cinta
Lagu kita hari ini berjudul, Puisi Cinta. Dengarkan.
Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu,
Cuba kau lagukan,
Cuba kau dendangkan,
Mengisi di ruang kamarku ~
Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu,
Cuba kau ukirkan,
Cuba kau pamerkan,
Menjadi hiasan hidupku ~
Tiada terkata,
Seindah bahasa,
Nak ku huraikan,
Nak ku belaikan dirimu ~
Akan ku syairkan katamu,
Akan ku madahkan janjimu,
Menjadi coretan gurindam,
Puisi cinta ~
Akan ku ukirkan senyummu,
Akan ku lukiskan tawamu,
Menjadikan susunan warna,
Potret indah ~
Sekian
No comments:
Post a Comment