manusia--
masa tgh gemuk:
sibuk lantang
"aku takkan mau kurus sbb aku mahu
jadi diri sendiri blablabla"
masa tgh miskin:
sibuk juang
"aku takkan mahu kaya sbb aku benci
orang kaya bongkak blablabla"
kamon.
DEEP INSIDE kita SEMUA maukan yang
terbaik dan terbagus.
dan SEMUA orang boleh.
yang penting--
RAJIN.
nak kurus,
rajin exercise.
nak kaya,
rajin kerja.
nak cantik,
rajin jaga muka.
orang tak kisah kau gemuk, buruk,
miskin, hina.
orang meyampah BILA kau buat alasan
kau GEMBIRA gemuk, buruk, miskin,
hina--
WALHAL kau memang DOWN kau
gemuk, buruk, miskin, hina.
kekuatan sebegitu--
yang konon2 bahagia itu--
itu bukan keyakinan.
tapi defense mechanism.
sebab itu kejap kau up,
kejap kau down.
kecoh.
stop whining.
START doing something about it.
Tuesday, 26 February 2013
Monday, 18 February 2013
19 februari
Dugaan aku datang bertimpa. Berturut ganda.
Aku tahu. Mengapa.
Semua itu kerana kebahagiaan , keseronokan aku dulu melebihi apa yang Tuhan takdirkan.
Kini, aku mencari lagi dugaan, cabar takdir.
Kerana itu aku menangis, sakit.
Datang tanpa tujuan
Hilang tanpa kepastian
Bahagia aku sekejap kejap.
Malam ini malam apa?
Malam yang betul apa malam yang salah? Kelam? Bahagia?
Berbaur rasa.
Katakan apa saja yang kesat
Katakan apa sahaja yang berselirat.
Sarat, bagai awan kepul yang padat
Kau dan aku berbeza.
Kau dan aku sama.
Apa ?
Tak perlu kau tebak tak perlu kau teka
Kau tahu..
"Sesungguhnya apa yang kau tahu dia tidak tahu, apa yang kau tidak tahu dia lebih mengetahui"
Jadi diamkan.
Ada hikmah segala.
Ya,aku bukan senarai kecilnya mahu besar
Tapi aku pernah bersamanya walau hambar.
Dosa aku dihitung lagi. Cambah.
Doa aku bertembung memberi. Suka.
Kau beri harapan pada mulanya.
Berdepan, kau balikkan kata.
Aku diamkan. Tidak tahu mengolah apa.
Bahasa sudah ku ritmakan,
Alunan sudah aku dendangkan. Mahu atau tidak.
Aku tahu. Mengapa.
Semua itu kerana kebahagiaan , keseronokan aku dulu melebihi apa yang Tuhan takdirkan.
Kini, aku mencari lagi dugaan, cabar takdir.
Kerana itu aku menangis, sakit.
Datang tanpa tujuan
Hilang tanpa kepastian
Bahagia aku sekejap kejap.
Malam ini malam apa?
Malam yang betul apa malam yang salah? Kelam? Bahagia?
Berbaur rasa.
Katakan apa saja yang kesat
Katakan apa sahaja yang berselirat.
Sarat, bagai awan kepul yang padat
Kau dan aku berbeza.
Kau dan aku sama.
Apa ?
Tak perlu kau tebak tak perlu kau teka
Kau tahu..
"Sesungguhnya apa yang kau tahu dia tidak tahu, apa yang kau tidak tahu dia lebih mengetahui"
Jadi diamkan.
Ada hikmah segala.
Ya,aku bukan senarai kecilnya mahu besar
Tapi aku pernah bersamanya walau hambar.
Dosa aku dihitung lagi. Cambah.
Doa aku bertembung memberi. Suka.
Kau beri harapan pada mulanya.
Berdepan, kau balikkan kata.
Aku diamkan. Tidak tahu mengolah apa.
Bahasa sudah ku ritmakan,
Alunan sudah aku dendangkan. Mahu atau tidak.
THE ROAD LESS TRAVELLED BY
kita sudah pasti akan berpisah
jalan yang kutempuh—sunyi, penuh duri
aku berjalan seorang diri
pada akhirnya kita bakal bertemu lagi
pada akhirnya aku pasti tak akan malas
menuturkan selaksa kisah
jalan yang kutempuh—sunyi, penuh duri
aku berjalan seorang diri
pada akhirnya kita bakal bertemu lagi
pada akhirnya aku pasti tak akan malas
menuturkan selaksa kisah
Sunday, 17 February 2013
Kerana Cantik
Di bacok oleh dia.
Dia menggunakan badik nya. Berani.
Aku hilang nafas. Mati.
Di sebabkan cereka orang lain.
Aku kaku di kawasan hutan cerang.
Aisya..
Wajahnya yang cendayam.Membuat orang kempunan.
Ramai.
Tiada siapa yang mampu mendapatkannya meskipun manira.
Siapa pun yang raga-raga kaya masih tidak mampu memiliki dia.
Petang itu, aku memakai pakaian berwarna safa.
Aku sagah untuk dia.
Berjanji.
Aku retek diikuti oleh pengikutku.
Aisya..
Sungguh cantik.
Sopan. Pakaian yang digunakan itu telah merungkau seluruh tubuhnya yang cantik.
Pengikutku hilang.
Hujan renyai.
Kini manira di bawah cahaya taram melihat kecantikan Aisya.
Seakan terpaku.
Hanya berborak bersahaja di malam itu. Tanpa lebih.
Tapi disalah ertikan.
Tidak terkoselkosel mereka membuat perhitungan
Taksiran ku mengena
Aku hilang dari pandangan.
Aku dibunuh oleh yang membenci.
Manusia durjana......
Valentine2
[Dail *100#] Hmm, okay kredit cukup kot ni. Harap – harap lah cukup. [tekan contacts] [<3 DianaGhazali] [lambang telefon hijau ditekan]
“Assalamualaikum, Diana?” “Waalaikumussalam, Aril.” “Busy?” “Eh taklah, I was just thinking about you, I mean, baru lepas kemas buku.”
“Kemas buku at 1 a.m.? Are you okay Diana?” “Lah. Apa salah ke kemas buku pukul satu pagi?” “Tak salah, cuma pelik.” - senyum serentak.
“So kenapa call? Tak tidur lagi?” “Kalau I dah tidur takdelah I call you, sayang, I mean, Diana.” “Harharhar. Nak apa ni?” “I nak you?”
“HA-HA. Very funny, Aril. Funny & geli, ya know?” "DKDC.” "Ha?" “Don’t know, don’t care.” “Blergh.” “I like your blergh, sekali lagi?”
“What do you want, Aril? You buang masa I, okay.” "Chill girl, chill~ Why so serious? Esok kan Valentine’s Day. Hari ber-lovey dovey.”
“Blergh. It’s not my type of day, Aril. Not yours, too. Kapir tu semua, paham?” “Roger that, Na. But what if it’s someone’s birthday?”
“Birthday? On Valentine’s Day? Siapa?” “Mama.” “You mean, your late beloved Mama?” “Yup.” “Kenapa tak bagitahu I?” “Dah you tak tanya.”
“So Diana, are you free tomorrow?” “Hm, free. Kenapa eh Aril?” “Boleh you temankan I ziarah pusara Mama?”-diam. Mata Diana mula panas.
“Mama. Aril ada bawak kawan ni, Diana nama dia.” Senyum. Mata terpaku pada 'batu'. “Ma, cantik Diana ni, Ma. Wish you could meet her.”
Selesai membaca Yassin bersama, mereka leka 'melihat' ‘Mama’. Salut Diana kepada Aril ketika itu amat tinggi. Tinggi lagi dari langit.
Selesai . Al-Fatihah buat arwah bonda/ayahanda atau sesiapa yang terlintas di minda kalian. Rindu, kan? Dengan izinNya, bisa jumpa.
Curang
Curang
Serapah kata bunga merasa
Halwa ditikam bahagia terasa
Liar
Mata terkedip malu melapah
Lupa
Semua yang ada. Hanya manira.
Sehari kita rindu
Seminggu kita sayang
Sebulan kita mengadu
Setahun kita buang. Bosan
Habis madu sepah dibuang
Habis rindu serapah curang.
Mulut membisik.
Panas.
Mata mengerdip.
Paling.
Curang kan sayang.
Tidak, aku mahu buang. Hapuskan.
Adam Hawa
Sesungguhnya Adam dijadikan pada Hawa
Hawa ditangungjawabkan pada Adamnya.
Sesungguhnya Tuhan jodohkan setiap manusia
Manusia tawakal perlu usaha.
Aku lihat nafsu serakah.
Aku lihat kerana wang, jadi curang
Aku lihat kerana pangkat, jadi hamba sayang
Aku lihat aku lihat.. Aku sayu. Aku rasa malang.
Mana tertib Adam
Mana ayu Hawa
Aku malu
Benar janji Tuhan.
Yang baik untuk yang baik
Yang sebaliknya untuk yang sebaliknya.
Bukan menghina bukan mencaci
Itulah sebaik jaga keturunan nanti
Cinta tak kenal siapa.
Kau tahu mana yang baik untuk kau.
"Aku mahu yang satu kepala dgn aku tapi pandai jaga aku"
Kau dapat. Kau hargai. Itu jodoh kau.
Kau tak dapat. Kau kesali. Kau berubah. Itu hikmah dari DIA.
Apa yang Tuhan rancangkan untuk kita
Kita juga yang mengolah dan mengeditkan.
Kau yang pilih simpang itu.
~Hatihati pada pemberi hati~~
~~Jagajaga simpang kanan kiri~~
~Lawan nafsu dan batil~
~Bedakan buruk dan baik~
Wallahualam.
Pandang
Aku ada seorang yang ku selalu lihat. Sama ada aku atau dia.
Aku nampak.
Kau duduk di situ duduk termenung
Aku perhati
Seperti menunggu seseorang
Aku perhati lagi
Kau perasan. Kau pandang.
Kini mata kau dan mata aku bertembung. Halilintar pekik memekik pun tidak lagi kau dan aku hirau.
Aku tersedar. Malu. Sipu.
Kau tunduk ke bawah, lalu kau bangun dan pergi. Hilang dari pandangan aku. Entah kemana.
Malam makin hampir. Aku berjalan terus ke rumah tanpa pandang siapa lagi.
Hari berganti hari, seperti biasa aku dan kau pandang memandang. Tembung sesaat pun kau dan aku pasti menoleh. Melihat aku, melihat kau.
Malam itu, aku tersenyum.
Memikirkan sampai bila kau dan aku begini.
Aku kalah dengan kau.
Kau sentiasa perhati aku walaupun aku sedar.
Aku tak dapat menoleh lama lagi. Sungguh aku malu.
Kini, kau dan aku sudah dewasa.
Tapi kau sama ada aku. Masih sama
Perhati, pandang. Kita sama.
Aku pergi tinggalkan kau yang masih perhati.
Tak tahu sampai bila.
..... Terdetik di hati aku. Tidak tahu dia sama apa aku rasa. Aku terdetik untuk mengenalinya........
....................................Siapa dia???............................................................................................
Cerpen Kasih Adik
Hujan turun renyai, keadaan makin menyuramkan.
Sekeliling mula padat dengan kunjungan orang.
Semua bersedih.
Tapi aku, tidak mampu mengalirkan airmata.
Seluruh keluarga menangis tiada henti.
Kenapa? Aku keliru dengan perasaan aku.
Aku mempunyai seorang abang.
Aku menyedarinya.
Aku rapat. Sungguh.
Sejak kecil kami bersama-sama menapaki jalan kehidupan tapi setelah masing-masing sudah besar hala tuju berlainan.
Aku sendiri.
Dia sendiri.
Sepi.
Aku tidak tahu mana pergi keintiman kami.
Semua hilang.
Hanya atas hal keluarga sahaja aku bercakap dengannya.
Aku lah yang satu satunya tidak mengeluarkan airmata.
Aku lah satu satunya tidak merasa kehilangan.
Sepertinya dia masih ada di kalangan kami.
Ya Rabbi.. Perasaan apakah ini.
"Zal, kau tahu semalam aku mimpi abang, sedih sangat." Suara adikku mula kedengaran sewaktu aku melangkah ke dapur.
Sudah seminggu waktu itu arwah pergi.
"Mak pun sama. Semalam adik kau mimpi dia"
Aku diam. Pelik.
Semua mimpi abang.
Kenapa tidak aku?
Kenyataannya aku memang sayangkan abang aku.
Cuma aku tidak mampu bersedih dan mengharapkan apaapa dari abang aku.
Kasih aku masih kekal. Kasih aku tiada penggantinya.
Berdoa untuk arwah berada di kalangan orang yang beriman.
Aku teringat zaman aku kecik bersama dia.
"Zal,mari kita ke dusun ambil buah mangga".
"Boleh jugak tu, boleh bagi mak makan, mak kan suka. Tapi dusun siapa?"
Keluarga kami tidak ada dusun untuk dipetik buahnya.
Aku tersenyum. Aku sudah tahu niatnya.
"Ah,kau macam tak biasa pulak kan. Jom"
Kami berdua pergi ke dusun yang disebutkan itu.
Kami gelak ketawa, kami bersama menghabiskan masa bersama.
Mungkin kerana inilah kami begitu rapat seolah takdir sudah menghantar pesanan untuk dewasa kelak kami tidak akan menghabiskan masa bersama lagi.
Ya,betul. Aku bukan ego.
Ternyata aku tidak mampu kembali bersama dengan arwah semasa dia hidup.
Sepertinya aku masih dapat merasakan dirinya masih hidup.
Kerana aku tidak merasa kehilangan.
Doa aku "Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Kau tempatkan dia ditempat orang yang beriman,sudah berbulan dia pergi,Ya Allah,moga Kau tidak memberi dia seksa yang berat darimu, moga Kau tahu kasihnya aku kepada dia, moga Kau sampaikan rindu ini kepada dia,Aku merinduinya Ya Allah."
Sejujurnya,kehilangan itu perit di keadaan nyata.
Kasihilah siapa yang berada dekatmu,
sayangilah siapa yang rapat denganmu,
sesungguhnya kehilangan itu seperti jiwa sudah rapuh.
Siapapun dia.
Abang,aku rindukan kau.
~Tamat~
Cerpen Happy
Aku keluar dari kereta Morris Minor merah dengan sekotak popkon ditangan.
Kau di pintu, menanti dalam skirt separas lutut. Klasik.
"Hai bunga!"
Kau cuma tersenyum sebelum melekatkan jari telunjuk dibibir sendiri yang kemudiannya diletakkan pada bibir aku pula.
"Pakcik, pinjam anak dara kejap! Pinjam tapi tak pakai!" Jerit aku.
Kau buat muka.
Muka kau, buat macam mana pun tetap muka cinta.
Lewat petang itu,dalam kereta usang,baju klasik, perlahan kau dan aku menyusuri jalan entah ke mana, dgn senyum yg tak pernah palsu.
"Manis sangat popkon ni."
"Sebab senyuman awak tertumpah kat dalam tu." Balas aku.
Kau buat muka lagi.
Sekali lagi, muka cinta.
Kita ke Tesco petang tu.
Kau dalam troli yang aku tolak.
Kita usha pampers bayi dan susu formula.
"Awak,kahwin pun belum." kata kau.
"Saja. Tok kadi suruh belajar."
"Tok kadi mana ni?"
"Bapak awak la." Sekali lagi kau buat muka.
Muka apa rakan-rakan? Muka cinta!
Kita habiskan sisa-sisa petang dengan bertenggek di tepi longkang.
Dengan popkon.
"Awak, kenapa pelik dating petang ni?" Soal kau.
"Gembira atau bahagia,bukan dari luar, bukan tempat atau perkara yang kita buat.
Tapi gembira dan bahagia itu sedia ada dalam diri."
"Maksud awak?"
Kau minta penjelasan, dan sekali lagi, dengan muka cinta yang tak pernah lekang dari wajah kau.
Tak pernah.
"Tak semua perlukan maksud atau.
Sepertimana perasaan gembira sekarang.
Jangan cari maksud atau dari mana ia datang, just rai-kan."
-tamatkan sendiri dengan happy ending yang kau inginkan.
Gembira kau, bukan aku yang cipta, tapi kau sendiri, kawan-
Cerpen Punca
Tajuk hari ni, "Punca"
Hujan jatuh.
Lebat.
Aku berhentikan kereta, aku keluar.
Selalu orang cakap hujan ni maksudnya bumi tengah menangis--sedih.
Aku depa tangan pusing berkali menghadap ke langit.
Aku nganga-kan mulut mata terpejam.
Petirkan la tubuh ni, aku give up.
"Siapa bunuh diri pasti neraka hadiahnya."
Suara sayup-sayup dalam hujan.
Aku membuka mata, mencari punca suara di mana.
Mungkin imaginasi.
Aku nikmati hujan jatuh tepat atas kepala.
Kalau jantung nak berhenti, biar dalam hujan--kecewa.
"Orang yang power tau nak guna sabar tu macam mana."
Pap! Terbuka mata aku pantas.
Mencari tak terjumpa punca suara.
Rapuh.
Dalam hujan terjatuh, tertunduk, mata ke bawah,
"I'm sick of people, ah, I can't stand it anymore. I can't.."
"Tak boleh pakai, buang. Tukar angin, pindah. Tak masuk campur, diam. Dah puas hilang, muncul."
Suara bersuara. Sayup
Lampu jalan.
Sekali imbas, petir, terkena.
Masa tu boleh tau siapa risau, siapa pura-pura, siapa-apa-sebenar dalam diri.
Wasap Fajar
(i)
Fajar mula merangkak ke luar
Dari dinding dinding bukit
Ke tulang langit langit biru
Lalu bersinar mencucuk wajah
Terjalar embunembun betina
Menyeleweng untuk landasan bumi
(ii)
Bergeliat di bingkai pagi sempit
Kejukan menjerat tubuh kering
Lalu merancang otak otak buas
Yang seringkali berfikiran culas
Terbuai perut yang berliku
Sementara jasad masih terkaku
Meliwati rangka rasa celika
Menagihkan debudebu waktu
Yang sudah rugi beribu
(iii)
Namun ku masih tetap disitu
Melepak, berkhayal, berlopong
Melayani asap asap duka lara
Sambil memadat aroma cengkih
Pekat melekat didada rapuh
Yang sering membalut luka
.....................................................
Fajar mula merangkak ke luar
Dari dinding dinding bukit
Ke tulang langit langit biru
Lalu bersinar mencucuk wajah
Terjalar embunembun betina
Menyeleweng untuk landasan bumi
(ii)
Bergeliat di bingkai pagi sempit
Kejukan menjerat tubuh kering
Lalu merancang otak otak buas
Yang seringkali berfikiran culas
Terbuai perut yang berliku
Sementara jasad masih terkaku
Meliwati rangka rasa celika
Menagihkan debudebu waktu
Yang sudah rugi beribu
(iii)
Namun ku masih tetap disitu
Melepak, berkhayal, berlopong
Melayani asap asap duka lara
Sambil memadat aroma cengkih
Pekat melekat didada rapuh
Yang sering membalut luka
.....................................................
Layu Dalam Melayu
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayangi
dari melihat bangsaku di jajah
tidak ada yang lagi menyedihkan dari membiarkan bangsaku hilang
Aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang , bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur
nanti dikata tak sedar diri
jadi aku menyendiri ,
memerhati dan akhirnya mengakui dari kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiar bunga tak cantik , mekar
Aku lihat layu dalam melayu
Aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin, api kita lupa
mereka merancang masa, menjilat bangsa
13 harimau bertukar jadi mangsa
kita lupa nenek moyang kaya raya
jangan sekali kali digadai harta bendanya
ku lihat layu dalam melayu.
Ku lihat layu dalam melayu
takkan melayu hilang di dunia
ya. tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tak dirasa,
petah berbahasa, kudrat tak berjasa,
orang berbudi kita hanya tahu merasa,
selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju,
selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju.
Belum nyanyi sudah bersorak ,
berjanji dalam borak ,
bukan kata tak ada otak ,
cuma tak berfikir di luar kotak ,
aku lihat layu dalam melayu
Aku lihat layu dalam melayu,
Aku jadi sayu,
bunga menangis dia mendayu,
mahu jadi cantik tapi dia ragu,
aku merayu...
Bangunlah semula hidup kembali,
jangan ditunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai,
perjuangan kita belum selesai.
......"Perjuangan kita belum selesai, kerana cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"......
dari melihat bangsaku di jajah
tidak ada yang lagi menyedihkan dari membiarkan bangsaku hilang
Aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang , bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur
nanti dikata tak sedar diri
jadi aku menyendiri ,
memerhati dan akhirnya mengakui dari kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiar bunga tak cantik , mekar
Aku lihat layu dalam melayu
Aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin, api kita lupa
mereka merancang masa, menjilat bangsa
13 harimau bertukar jadi mangsa
kita lupa nenek moyang kaya raya
jangan sekali kali digadai harta bendanya
ku lihat layu dalam melayu.
Ku lihat layu dalam melayu
takkan melayu hilang di dunia
ya. tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tak dirasa,
petah berbahasa, kudrat tak berjasa,
orang berbudi kita hanya tahu merasa,
selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju,
selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju.
Belum nyanyi sudah bersorak ,
berjanji dalam borak ,
bukan kata tak ada otak ,
cuma tak berfikir di luar kotak ,
aku lihat layu dalam melayu
Aku lihat layu dalam melayu,
Aku jadi sayu,
bunga menangis dia mendayu,
mahu jadi cantik tapi dia ragu,
aku merayu...
Bangunlah semula hidup kembali,
jangan ditunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai,
perjuangan kita belum selesai.
......"Perjuangan kita belum selesai, kerana cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"......
Rindu
Rindu
Bahagia...
Rindu
Senyuman sirna...
Pelangi
Kau tak boleh lama. Aku tahu
Cinta ini sekejap mengasyikkan
Biarlah. Aku suka.
Asal bukan pada dia tapi Dia.
Awan .
Aku tak mahu awan pergi .
Ada awan ada aku .
Awan lindung aku .
Cahaya dia serah . Hujan dia tumpah .
Sumpah bahagia ,
Aku olah semua untuk awan.
Awan aku.
Kau beri awan , angin , pelangi .
Kau simpan rindu , cinta
Untuk dia,kau dan aku. Semua.
Aku mahu.
Pelangi 3
Pelangi
Semalam kau terbentang di langit
Jalur warna mu indah
Ku kira bayangan sebuah cinta
Rupanya bayangan keindahan hati dilamun rindu
Hiasan semula jadi insan yang mendiami muka dunia .
Bila hati ingin bersatu dengan warna mu
Kau hilang
Hilang bersama debu butiran hujan
Pergi bersama suram sinar suria .
Pelangi 2
Warna
Pelangi itu menggembirakan
Pelangi itu seakan yang setia menemani
walau kelam ia hilang
Angin
Ia buta. Tidak nampak apa.
Lentera cahaya, gemintang bintang masih tak dikira siapa
Hembus.... Terus....
Dalam lena atau jaga
Dalam tangis atau bahagia
Tapi
Meski pelangi itu sekejap cuma
Sekilas itu aku kecap rasa
Sekilas itu aku bahagia sekejap kejap cuma
Pelangi, awan..
Mana pilihan kau?
Aku pelangi.... Jangan tanya kenapa...
Kerana ia indah tak mampu diucap dengan olah kata
Aku hanya serap warna
Aku hanya olah dalam bahasa
Meski angin itu selalu ada
Aku mahu itu. Pelangi. 7 warna.
Angin 2
Angin..
Terhembus seiring berjalannya waktu…
Membawa luka, seakan tak ingin…
Tersimpan selamanya dalam kalbu…
Angin…
Hembusanmu mengubah debu…
Menjadi titisan indah pelangi
Membawa terang, menghapus hitam
Angin..
Dari relung kegelapan…
Tertiup bersama lentera cahaya…
Meski mereka menjadikannya risalah hujan….
Manusia Lupa
Manusia lupa
siapa dia.
Manusia alpa
tutur dan lokanya.
Manusia hanya manusia
tidak lurus mahu pun dia istimewa
Masih tergelincir dek panahan mata
Masih tergeliat dek kata yang sahaja
dunia indah pada insaniah
dunia hambar pada manusia durjana.
Lidah 2
Lidah
Enak
Bila yang keluar indah
Muak
Jijik
Bila hanya tuk meludah
Timbul amarah
Bila cuma diam
Timbul amarah
Bila Omong tak didengar
Mulut
terkatup,
tergoda bersuara
Lidah
Moga indah
Moga barakah
bicara
sampai tergelincir
lalu istighfar
Pengkhianat Rasa
Kata kau ludah
Celaka kau sumpah
Tidak beralah
kerana mereka yang lemah.
Ya,lidah itu tidak dijaga
datang dari pelosok bangsat
carut marut, kumal kisut,
belit terbelit hanya kerana lidah diguna untuk diserapah.
bebal.
biar dilaknat
biar merasa tak penat
sudah jd pengkhianat.
tetap pengkhianat.
bahasa banat yang disiat.
nanti dapat untuk si pengkhianat!
Lidah
Lidah tak bertulang
Begitu lincah kata keluar darinya
Tanpa beban dan tanpa dosa
Karena lidah tak punya malu
Lidah di mulut mu
Kerap benar berjanji
Asyik benar berdusta
Sedapnya membikin cerita
Mengapa memperdaya?
Insan yg terpecaya
Yg meyakini propaganda
Yg menghormati wibawa
Lelaki
Lelaki
lelaki sejati
lelaki baik hati
segak
badan dibinasakan
kacak
ayat digulakan
manis
perlakuan katanya
Lurus
agama di nuraninya
mana semua yang ada.
adam hawa manira menginginkan.
cinta kekal,bahagia
perjuangan belum selesai
tiada yg lurus byk yg lalai
Wanita
senyuman indah penyeri jiwa
nurani hatimu bak bunga
memberikan kasih dan sayang
mekar di taman segar menghijau
jadilah kau seperti lebah
menyentuh debunga tidak melukai
mengeluarkan madu tidak beracun
terbang dengan rasa cinta
hinggap dengan talian kasih sejati
kau wanita sejati
menghirup wangi kasturi
binalah jati diri pekerti
berdiri dengan restu Illahi
mudah-mudahan jadilah kau
wanita yang tinggi darjatnya
Hawa
Bersenda tawa bergurau teterpa,
tergamam dek kata durjana,
beriring dengn keroncong bergema,
mungkin ini aku diirama,
dibinasa,diisap dalam lena
dek keasyikan yg dibawa.
punah segala.
aku mangsa. atau yg rela
bunga semua nya malu belaka,
itula padah sipi wajah kau terkena,
buruk,calit kau yg dapat nama.
hawa, jaga diri kau dalam celaka.
tergamam dek kata durjana,
beriring dengn keroncong bergema,
mungkin ini aku diirama,
dibinasa,diisap dalam lena
dek keasyikan yg dibawa.
punah segala.
aku mangsa. atau yg rela
bunga semua nya malu belaka,
itula padah sipi wajah kau terkena,
buruk,calit kau yg dapat nama.
hawa, jaga diri kau dalam celaka.
Sabar
Jari kau mainkan kelam dimalam gemintang bintang,
hati kau syairkan sayu dihembus angin laju,
Manira, bermadah bukan senang dibawa mudah
Penulisan aku bukan hanya untuk yg gundah tapi juga untuk gerhana.mohon barakah.
kurung jiwa, kandang hati pilih siapa menghiasi hujung nyawa.
jangan mati.
Tuhan tahu apa dia lukis.
Pelangi atau angin atau tanah sama ada awan mahupun api.
kolot.jangan.
tbuka tidak berangan.
Duniawi
sepatah petah bahasa diolah,
sedenyutan rasa tertikam direbah,
berfikir terbuka gunakan otak,
berarah simpang luar kotak,
bila kau tersentak
luar kepulauan petak,
kuno kau bercetak,
jangan kuno bodoh diselak,
takut dihenyak,
besar dipijak,
rela disepak.
tenang dengan fikiran
asap keluar berkepal
masalah sebeban kau pegang,
mari lihat dunia kau kelam atau terang.
itu semua dari kau, pilih jalan simpang.
Permodenanisasi
Dalam dunia serba membangun
kepala diinjak-injak
yg buas mahu naik keatas
ironis, prihatin
inikah bumi yang selama ini aku pijak
inikah tanah tempat dilahirkan
inikah tanah yang kelak akan menjanjikan
masa depan yg terang
Kalau begitu, rela dikunokan.
biar jumud asal senang
hidup tenang.jiwa lapang
tiada kalah tiada menang.
Mundur
Bagai tanah terbentuk ikut adunan.
bagai lalang meliuk kiri kanan.
tragedi si tanggang dek derhaka dilaknat Tuhan.
peperangan ke-3 dunia dira-i-kan
jauh langkah nyusur arah kemodenan,
melantak minda tidak kepandaian,
Ditakuk lama segalanya culas permodenan,
manusia.belum temui penyelesaian.
masih mundur sejenak fikiran.
Kalah tidak berperikemanusiaan.
Tribulation
Mengeluh dengan langkah teratur
Dan peribadi yg amat berterabur
Di sebalik jurang jurang yg kabur
Meniti hari sebelum jasad terkubur
Sementara tanah dipijak masih subur
Pendirian tersirat dengan larat
Besi buruk diremuk dan berkarat
Terhakis sendiri ke dunia barat
Sakit derita tulang 4 kerat
Membukit apa yang dihasrat
Apa yg terhasrat?
Yaaa, dugaannya amat berat
(ii)
Amat leceh utk terus berbicara
Krn memikirkan byk perkara
Yang bermain di minda atmosfera
Meletus, hangus harihari lara
Membakar semangat-semangat dara
Serik dengan cacian, segala terkeji
Namun bukan senang mengawal diri
Tetap janji yg goyah terpatri
Kerana kerap kali ia dimungkiri
Dunia sering disakiti
Dan diselang mengubati
Melarut dengan sebati
Hidup bukan untuk mati
Hanya perlu berserah diri
Keciwa
Emosi bercampur kegelisahan mendalam
Mata hati tertutup bagai malam yang kelam
Paksaan jiwa tertolak hati yang suram
Apalah arti hidup jika diri ini tenggelam
Tenggelam cahaya hati dalam gelapnya malam
Luapan kekecewaan tak akan membantu
Imbasnya hanya membuat hati semakin membatu
Membatu karena berkumpul menjadi satu?
Atau malah terpencar menjadi debu?
Mata hati tertutup bagai malam yang kelam
Paksaan jiwa tertolak hati yang suram
Apalah arti hidup jika diri ini tenggelam
Tenggelam cahaya hati dalam gelapnya malam
Luapan kekecewaan tak akan membantu
Imbasnya hanya membuat hati semakin membatu
Membatu karena berkumpul menjadi satu?
Atau malah terpencar menjadi debu?
Gembur Rasa
Katakan saja apa mahunya
Dari tutur yg pekat kesat
Atau rasa yg bangsat
rasakan saja apa itu sakit
Dari duri duri semalu
Atau terus menahan luka
Dari tutur yg pekat kesat
Atau rasa yg bangsat
rasakan saja apa itu sakit
Dari duri duri semalu
Atau terus menahan luka
Lalai
Saat semua mulai lenyap
Ambisi manusia pun terlahap
Tak ada waktu untuk bersiap
Untuk mereka yang masih terlelap
Doa orang-orang baik
Usaha yang terbaik
Atas segala urusan pelik
Terdapatlah suatu pertanyaan
Iman manakah yang kau pertaruhkan?
Gemetar sanubari memikirkan
Akankah ini suatu cobaan?
Ambisi manusia pun terlahap
Tak ada waktu untuk bersiap
Untuk mereka yang masih terlelap
Doa orang-orang baik
Usaha yang terbaik
Atas segala urusan pelik
Terdapatlah suatu pertanyaan
Iman manakah yang kau pertaruhkan?
Gemetar sanubari memikirkan
Akankah ini suatu cobaan?
Angan Buangan
Malam itu sepikan aku
Melayannya, tanpa rasa jemu
Karenahnya, membingit tuli
Di telinga telinga bengal
Di ruang ruang kerap padat
Dan masa masa terlalu tumpat
Malam itu sepikan aku lagi
Aku dibuai asap asap pekat
Mengalirkan aroma cengkih
Ke sudut yg amat perit
Yang sering menemani sepi
Dengan khayal dan angan
Malam itu sepikan aku lagi
Bersama selembar rasa
Menyulam memoir kelam
Sambil ditemani silam
Bertimbun bagai buangan
Yang masih aku angankan.
Melayannya, tanpa rasa jemu
Karenahnya, membingit tuli
Di telinga telinga bengal
Di ruang ruang kerap padat
Dan masa masa terlalu tumpat
Malam itu sepikan aku lagi
Aku dibuai asap asap pekat
Mengalirkan aroma cengkih
Ke sudut yg amat perit
Yang sering menemani sepi
Dengan khayal dan angan
Malam itu sepikan aku lagi
Bersama selembar rasa
Menyulam memoir kelam
Sambil ditemani silam
Bertimbun bagai buangan
Yang masih aku angankan.
Dalam aku,Dia
Wahai yang tidak aku kenali
ku panjat gunung yang tinggi
sangkaku Engkau berada di puncaknya
namun tidak ku temui Engkau di sana.
Hatiku mengatakan Engkau ada
lalu aku keluar daripada alam
dan aku terjun ke dalam hatiku.
Di sana aku temui kebodohanku
bodohnya aku menyangka akulah Aku
sedangkan Dia jualah Aku
dan aku tiada beserta Dia.
Aku dan Dia
Dia dan Aku
bukan dua dan bukan Satu
satu masih berbentuk
masih berjarak titik atas dengan bawah
Aku adalah rahsia Dia
Dia adalah rahsia Aku
usah diganggu rahsia ini.
Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.
ku panjat gunung yang tinggi
sangkaku Engkau berada di puncaknya
namun tidak ku temui Engkau di sana.
Hatiku mengatakan Engkau ada
lalu aku keluar daripada alam
dan aku terjun ke dalam hatiku.
Di sana aku temui kebodohanku
bodohnya aku menyangka akulah Aku
sedangkan Dia jualah Aku
dan aku tiada beserta Dia.
Aku dan Dia
Dia dan Aku
bukan dua dan bukan Satu
satu masih berbentuk
masih berjarak titik atas dengan bawah
Aku adalah rahsia Dia
Dia adalah rahsia Aku
usah diganggu rahsia ini.
Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)