Sunday, 24 November 2013

Ini Bukan Aku

Orang ke sana kau ikut.
Orang ke sini kau membontot.
Haih-- itulah kehidupan aku sekarang.

Aku bosan dgn permainan hidup.
Aku lelah dgn keazaman yg tak pernah selesai.

Ini bukan aku-- detikku.
Ini bukan aku-- bisikku.
Ini bukan aku--

Cuba aku pejam mata. Mesti aku nampak diri aku yang sebenar.
Yang polos. Yang bodoh. Yang selebet.

Mana aku nak gapai tangan aku yang dulu.
Mana aku nak tarik jiwa aku yang dulu.
Mana wei mana?

Sibuk nak ikut dunia org lain.
Sibuk sangat. Akhirnya kau bersendirian. Sendiri. Sendiri.

Macam ni lah--
Apa kata aku biarkan diri aku seketika.
Jangan memberontak apa yang hati aku mahu.
Janga ikut hati tu
Terima apa org buat. Terima apa org kata.
Aku cuba cari jalan hidup bukan jalan seronok.
Aku kena bosan! Aku harus bosan dgn cara hidup aku sekarang!

Biar jadi org yang typical.
No need to being others.
No need to make something havoc.

But for me typical tu banyak maksudnya. Ia subjektif bagi aku.
Typical pemikiran yang sama dgn mereka yang bodoh atau typical pemikiran yang sama celiknya akal mereka dgn yang pandai berfikir.
Think about it.

Cuba aku pejam mata--
dan berfikir ini bukan aku--


Monday, 4 November 2013

Ingin

Basah lagi. Kuyup.
Hanyut bawa perasaan.

Aku dah cakap. Jangan.
Aku dah marah.
Aku dah sakit.

Kalau setakat aku ini hanya untuk peneman sepi atau patung boneka perlu wujud 24jam dan tiada harihari aku perlu aku mahukan, lebih baik ku pergi.

Aku dah rasa. Pedih.

Memang pedih bila kau acuh tak acuh aku.
Memang pedih hakikat yang kau sekali bagi kat aku.
Aku tak nafi.
Dan aku masih manusia yang ada keinginan.

Kau tak nak dengar keinginan aku.
Kau beri banyak bantahan.
Aku malas.

Sekarang kau tak peduli
Biar. Aku pergi.

Biar terdampar aku sakit.
Jadi berjalan. Terus. Tanpa toleh.

Dan...

Selamat Tinggal.
Ini hidup aku.