Sunday, 12 January 2014

Rosak

Lemah semangat aku lihat 
tepi jalan lorong bilik suara
mahu terus berhibur.
Ada yg tersungkur mabuk dunia
Ada yg terlepas dr cengkaman kejam
Biarkan... 
Hati penuh rahsia
Sakit dalam jiwa
Semua tiada nampak
Kosong.
Hiburan hanya hiburan.
Biarkan..
Mangsa rosak terus melepet hoyong hayang gila tayang.
Sekian

Derai hiburan

Gitar berpetik
Tiun bernada
Suara gemersik
Matamata memandang minat
Dua tiga not dikeluarkan
Sumbangan kata hati.
Kiri penuh sesak mendengar
Kanan tiada yg melihat sesak sesat hidup seorg pakcik tua cacat meminta belas
Pakcik sakit. Dibebel sendirian. Cacat orgnya.
Tiada peduli.
Dbkl lalu melihat.
Tiada kasihani.
Fahamlah aku.
Hiburan penting dari seorg nyawa.
Nyawa kasih simpati.
Semoga Tuhan tidak memberi apaapa lagi dugaan padamu pakcik.
Ikhlas.

#Lokasi berdepan dgn sogo. Moga pakcik itu terlindung.