Sunday 31 March 2013

Kisah Abang Adik

Surat Untuk Abang! Surat Untuk Adik! 
Perlu Baca! 
Aku nak kongsi satu cerita yang aku 
jumpa kat Facebook. Aku rasa baik 
untuk dikongsi dengan rakan pembaca 
semua. Cerita ni panjang skit..so 
mungkin ambil masa untuk baca, tapi 
takpa sebab aku rasa cerita ni perlu 
dibaca. 
Mengisahkan kisah seorang adik yg 
selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia 
xtau pon abg dia balas surat 
tu….hmmm.. 
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi 
aku selalu utus surat kat die yg kat 
kampong..Satu pon x berbalas.. 
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin 
abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa 
dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku 
x tenang.. 
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami 
aku balik kampong..Aku nak bersihkan 
rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa 
membersih rumah using tu..Aku 
tersapu surat yang aku kirimkanpada 
abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum 
aku menikah…suratnya macam ni.. 
“Khas buat abangku, 
Abg, ko ingat lagi x.. 
Mak ngan ayah meninggal mase aku 
Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu 
diorang eksiden sebab nak beli kek 
befday aku sebab aku baling semua 
perhiasan kat umah kite, sampai mak 
terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku 
hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg 
aku pecahkan..tbe2 banyak air 
keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah 
kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal 
tu.. 
Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. 
Diorang cakap 
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. 
Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. 
Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan 
sesekali biar die sorang-sorang “ 
Ko ingat x.. 
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik 
dari sekolah, ko belikan aku pengikat 
rambut warna biru, sebab ko ske warna 
biru kan..Tapi aku campak kat longkang 
belakang umah kite, Sebab aku suke 
warna pink. Lepas kejadian tu..ko x 
penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai 
sekarang.. 
Abg, ko ingat x.. 
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x 
sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku 
xtau..Tapi malam malam baru ko balik 
dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, 
aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan 
pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 
yg makan.Ko x penah ucap terima kasih 
kat aku. 
Abg, ko ingat x.. 
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi 
sekolah, Tapi time tu ko tengah 
tido..Aku amik Dua riggit dalam poket 
jeans ko..Masa balik sekolah, ko 
lempang aku sampai mulut aku darah. 
Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi 
keesokannya,nasib baik luka tu dah 
elok.. 
Abg, ko ingat x.. 
Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar 
aku kat Kuala Lumpur, umah Pak 
Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai 
sekarang ko x datang amik 
aku..Berpuluh surat aku titipkan 
bersama airmata aku pada kau..Kenapa 
tiada sebarang balasan..Kenapa abg?? 
Sekarang umur aku dah mencecah 26 
tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, 
aku sudah pon disunting orang..Ketika 
hajat untuk menikah aku sampaikan 
surat lagi pada engkau..Kenapa kau 
diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku 
perlu izinmu sebagai wali aku.. 
Abg, 
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah 
pada aku..Ada apa sebenarnya yg 
sedang berlaku.. 
Salam sayang, 
Adik.” 
Aku mula terasa yg teringin nak 
selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. 
Nak balik jarang sangat.. 
Masa aku buka balik almari aku yang 
buruk yang dah kena makan anai2..Tibe 
ada satu kotak besar jatuh and banyak 
kotak2 kecik serta sampul2 surat.. 
Dan tiba2 aku terpandang satu surat 
yang cantik sangat…dan aku buka… 
“Assalamualaikum.. 
Kehadapan adikku yang jauh di mata .. 
Maafkan abg kerana tidak membalas 
satu pon surat yang engkau 
kirimkan..Kerana aku tidak berdaya 
sayang.. 
Aku masih ingat detik kemalangan mak 
dan ayah kita..Iye, kau pecahkan 
perhiasan rumah..Tahukah kau salah 
satu perhiasan di situ adalah hadiah 
untukmu?? Mesti kau tidak 
perasan..Yang pecah itu adalah sebuah 
balang ikan emas yg telah aku, ayah 
dan mak belikan untuk kau..Tahukah 
kau ayah masih berhutang dengan 
apek yg jual ikan tu di pekan.. 
Adikku sayang.. 
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi 
aku beli pengikat rambut itu untuk 
kau..Supaya kau akan ingatkan aku 
sentiasa bila kau pakai pengikat rambut 
itu..Walaupon kau dah campakkan 
pengikat rambaut tu..Aku dah ambil 
balik, dan basuh..dan telah aku 
letakkan dalam sebuah kotak kecil di 
rumah kita..Nanti kau ambil ya.. 
Adikku sayang.. 
Jangan lah kau bersedih kerana aku 
sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari 
jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada 
tarikh itulah kedua orang tua kita 
meninggal..Aku tak sanggup melihat 
tangisan engkau bila aku 
ucapkannya..Aku harap kau mengerti.. 
Adikku sayang.. 
Tahukah kau kenapa aku hanya balik 
bila malam saja..Kerana aku bekerja di 
pekan..Mengangkat guni2 untuk letak 
dalam lori..Untuk menyara 
engkau..Untuk membeli buku sekolah 
engkau, makan kau, baju-baju engkau 
dan semua persiapan kau..Kerana masa 
itu,..Kau sangat terkenal dengan 
kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku 
harus sediakan perhiasan untuk 
kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku 
tidak pulang siang hari kerana aku 
takut jika engkau dicerca kerana 
abangmu yg kelihatan seperti pengemis 
ini.. 
Adikku sayang, 
siapa cakap yg aku tidak menjamah 
masakan kau..Aku akan makan 
masakan itu sebelum subuh..Sebab aku 
perlukan tenaga untuk siang hari, dan 
aku makan semasa engkau 
tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera 
dan kasar semasa basuh pinggan dan 
matamu tidak bengkak kerana 
menemani aku makan.. 
Adikku sayang, 
aku malu untuk ucapkan terima 
kasih..Kerana engkau banyak 
berkorban untukku..Kau menyediakan 
makanku dan segalanya..Adakah 
ucapan itu cukup untuk membayar 
semuanya?? Jika aku ucapkan terima 
kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir 
hayatku..Kerana terima kasihku 
untukmu adalah ntuk semua yg kau 
lakukan semasa hidupku.. 
Adikku sayang, 
Maafkan aku kerana aku 
memukulmu..Tahukah kau mencuri 
dan mengambil barang tanpa 
kebenaran adalah berdosa? Aku tidak 
sanggup untuk mengherdik kau lalu 
aku putuskan untuk memberi 
pengajaran yg akan kau ingat sampai 
bila-bila..Betulkan..selepas kejadian 
itu..Kau sudah tidak mengambil barang 
orang lain sesuka hati kan?? Itu 
tandanya perbuatanku tidak sia sia 
kerana aku dapat mendidikmu..Dan 
tahukah kau aku berhempas pulas 
menyapu minyak dibibirmu pada malam 
itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari 
pucuk jambu batu dan menggilingnya 
sehingga batu lesung itu turut 
menggiling tangan aku..Sakit yang 
amat sangat..Tapi aku tetap teruskan 
dan Alhamdulillah..aku Berjaya 
mencuci kesan minyak dan ubat itu 
sebelum kau bangun..Aku tidak mau 
bengkak itu mencacatkan wajahmu 
yang cantik itu.. 
Adikku sayang.. 
Maafkan aku kerana terpaksa 
memisahkan kau dari aku, 
sebenarnya..aku menghantar kau 
kerana aku jatuh sakit ketika 
itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja 
kontrak di tempat pembinaan 
menyebabkan aku sangat terdedah 
pada debu dan simen..Aku terjatuh 
semasa kerja dan dikejarkan ke 
hospital..Doktor mengesahkan aku 
menghidapi barah peparu dimana badan 
ku tidak berupaya untuk memikul 
barang yg berat, serta pernafasan aku 
sudah tak selancar dulu..Patutlah aku 
selalu batuk batuk, sesak nafas dan 
pandanganku yg makin kabur..Aku 
terpaksa dirawat dihospital walaupon 
doktor menjangkakan aku xkan 
bertahan lama.. 
Sayangku.. 
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, 
ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari 
nanti engkau pulang ke rumah 
kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah 
semua hadiah yg aku belikan setiap 
tahun lebih kurang 9 tahun 
dahulu..Dan maafkan aku jika tidak 
dapat sediakan hadiah untukmu pada 
tahun ini.. 
Adikku sayang.. 
Mungkin tika kau membaca surat 
ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau 
bersedih..Di sini ada beberapa perkara 
yang ingin aku katakan.. 
Untuk menyapu rumah kita ketika aku 
pulang dengan pakaian dan kotor serta 
debu, TERIMA KASIH. 
Untuk mengelap setiap barang yg aku 
sentuh supaya sentiasa bersih dan 
tiada kuman, TERIMA KASIH. 
Untuk membasuh pakaianku yg busuk 
dengan peluh ku, TERIMA KASIH. 
Untuk melemparkan senyuman dan 
salaman ketika aku pulang dr kerja, 
TERIMA KASIH. 
Untuk memasak lauk kegemaranku yg 
kau sangka aku tidak suka, TERIMA 
KASIH. 
Untuk mengingatiku dan menulis surat 
yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. 
Untuk menjadi adik yang sangat aku 
sayangi, TERIMA KASIH. 
Untuk segalanya yang kita tempuhi, 
suka mahupon duka, TERIMA KASIH. 
Adikku sayang.. 
sekiranya engkau disunting 
seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi 
walimu..Kerana aku mungkin sudah 
tiada.. 
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg 
aku mahukan..Jagalah suamimu dan 
jangan kau ingkarinya.. 
Salam sayang sedalam-dalamnya, 
Abang.” 
Di rumah pusaka itu..Aku termenung 
bersama jernihan airmata yg 
mengalir..Lantas..Aku buka satu 
persatu hadiah yang dikatakan.. 
Semuanya berwarna pink..Dan 
semuanya di tulis nama aku dengan 
tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku 
meraung sambil menatap hadiah itu.. 
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan 
semulia abangku 
- Sedihkan? Hargailah orang yang 
berada di sekeliling kita selagi mereka 
masih hidup - 

No comments: