Thursday 15 November 2012

Jangan Nanti


jangan nanti kerana banyak bercakap tanpa bersyarat sudahnya ludah sendiri yang terpaksa dijilat.


jangan nanti kerana taksub yang membuta menjadi si luncai yang terjun denagn labu labunya


jangan nanti seronok membina rumah berkaca tetapi malang sendiri yang membaling batu bata


jangan nanti ibarat nasib pak kaduk yang lalai walaupun ayamnya menang tapi kampung tergadai


jangan nanti bermahligai di tepian pantai dilanda ombak lalu robih berkecai


jangan nanti yang diharap akhirnya tertiarap ibarat masuk angin keluar asap


jangan nanti ibarat berniaga buluh kasap untung tiada malah modal pula yang lesap


jangan nanti apabila sudah terhantuk baru terngadah diri dililit penyesalan yang tak sudah sudah


Jangan nanti sekadar berlagak pandai dan serba tahu menjadi seperti si tikus yg memambaiki labu


jangan nanti setelah meludah ke langit tinggi akhirnya tertimpa ke hidung sendiri


Jangan nanti asyik bermain bicara berapi yang hangus terbakar lidah dan gigi