Friday 16 November 2012

Ego



Seketika dahulu bermesra

Sekejap riang sekejap ketawa
Penuh dengan hilai senda
Apa kau ingat?

Ya..

aku tahu kehidupan ini payah nak ditafsirkan
payah nak diramalkan
Susah untuk aku hadap kan dugaan kalau tak bersedia

Dulu.

kau dikaburi dengan kata dusta
Melihat kau penuh beria
Jauh di jiwa kau seorang pendita buta
Eh kalau aku tak bodoh aku tak terima
tapi kerana aku juga manusia alpa
aku terbabit sama..
Kau lihat tiada apa yang bernilai antara kita
aku mula kaget melihat kau bersahaja
lantas.. dengan usaha yang ada aku mula memberanikan diri
tapi kau penuh dengan berahi 
memakan aku mengiyakan aku dengan syarat kau
kau tak mahu aku
tapi kau mahu masa dpan kau dan aku
kau nampak wang
kau nampak bayang
tapi aku buta
aku nampak kau mahukan kasih sayang
kau mahu berikan hatiku bahagia riang
tapi
disebalik sinaran mata kau rupanya kau mula menguasai aku

Kini..

Kau dah dapat apa kau mahukan
kau dah dapat apa kau inginkan
kau dah capai apa kau impikan
kau dah mula mempersoalkan kecantikan,keperempuanan,wang ringgit di halwa telinga
apa kau sedar apa kau sengaja menyakitkan?

Ah!

Bagai langit dengan bumi
kau bedakan aku
Sakit!
Sakit hati aku kau mula begini
Berperanglah kau dan aku dalam resipi masa
taklukan kau berjaya tepat mengena
aku jatuh tersentap hati menarik bagai magnet
aku tak berdaya
aku mula lemah longlai
aku akan kehilangan kasih sayang kau yang pura-pura
Kau menghilangkan aku dalam jiwa
kau mula menghilangkan kebaikan aku
kau mula menyenaraikan kesilapan aku
aku diam

*pause


Aku mula menebak akan takdir

Aku perlu buat keputusan kini
Aku pergi tinggalkan kenangan ini
Hilang. Sepi

Bahagia dimana? Aku mencari....